KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah seiring dengan pasaran serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati bahawa krisis perbankan global boleh menjadi lebih buruk meskipun Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen memberi jaminan untuk memastikan deposit yang selamat di bank, menurut penganalisis.

Sentimen lemah di bursa tempatan telah mendorong indeks utama merosot 0.80 peratus menyusut di bawah paras 1400.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.

Saham pandu pasaran dibuka meningkat 0.15 mata kepada 1,411.13 dan mencapai paras tertinggi harian sebanyak 1411.67 pada awal dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 496 berbanding 339, manakala 440 kaunter tidak berubah, 998 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.99 bilion unit bernilai RM1.91 bilion daripada 3.26 bilion unit bernilai RM2.03 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata krisis perbankan di AS dan Eropah baru-baru ini hanya memberikan impak kecil terhadap Malaysia berikutan sistem perbankan tempatan dikawal selia dengan baik, begitu juga risiko kualiti aset yang diuruskan sewajarnya.

"Bagaimanapun, berikutan situasi global dan serantau yang tidak menentu, kami menjangkakan sentimen pasaran jangka pendek akan kekal membimbangkan," katanya menerusi nota hari ini.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.20 peratus kepada 3,212.64, Indeks Hang Seng Hong Kong menyusut 0.67 peratus kepada 19,915.68, Indeks Nikkei 225 Jepun merosot 0.13 peratus kepada 27,385.25, dan Indeks Komposit SSE China turun 0.64 peratus kepada 3,265.65.

Bagi saham wajaran tinggi, MISC meningkat tiga sen kepada RM7.19, Maybank menyusut enam sen kepada RM8.43, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM3.90, manakala CIMB dan TNB masing-masing turun dua sen kepada RM5.19 dan RM9.54.

Bagi saham aktif, Dagang NeXchange meningkat tiga sen kepada 59 sen, AT Systematization tidak berubah pada satu sen, Revenue Group menyusut 2.5 sen kepada 27.5 sen, Computer Forms turun 7.5 sen kepada 27.5 sen, dan Top Glove berkurangan 6.5 sen kepada 95.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 78.87 mata kepada 10,258.18, Indeks FBMT 100 menyusut 77.34 mata kepada 9,951.83 dan Indeks FBM 70 merosot 91.46 mata kepada 13,297.72.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 71.33 mata kepada 10,599.21 dan Indeks FBM ACE turun 10.83 mata kepada 5,303.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 116.63 mata kepada 15,449.52, Indeks Tenaga berkurangan 8.37 mata kepada 802.88, Indeks Perladangan susut 55.58 mata kepada 6,713.93 dan Indeks Produk dan Perindustrian Pengguna bekurangan 1.63 mata kepada 165.54.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.89 bilion saham bernilai RM1.64 bilion berbanding 2.28 bilion bernilai RM1.76 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 415.85 juta unit bernilai RM51.81 juta daripada 433.61 juta unit bernilai RM73.54 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 676.06 juta saham bernilai RM216.94 juta daripada 546.78 juta saham bernilai RM189.56 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 245.12 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (432.20 juta); pembinaan (39.84 juta); teknologi (440.29 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (80.36 juta); hartanah (133.95 juta); perladangan (31.56 juta); REIT (7.05 juta), dana tertutup (900); tenaga (915.03 juta); penjagaan kesihatan (280.27 juta); telekomunikasi dan media (61.95 juta); pengangkutan dan logistik (25.19 juta); serta utiliti (22.54 juta).

-- BERNAMA