awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR

Bernama
Bernama
15/12/2024
05:00 MYT
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Kongres diadakan selepas Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan di Johor hari ini ditangguhkan susulan banjir yang melanda. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Kongres itu diadakan selepas Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan di Johor hari ini ditangguhkan susulan banjir yang melanda beberapa negeri.
Ketibaan Anwar yang juga Presiden PKR disambut pimpinan utama parti termasuk Timbalan Presiden Rafizi Ramli.
Turut hadir Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.
Kongres berkenaan diadakan secara hibrid bagi memberi peluang kepada perwakilan dari negeri yang terkesan banjir untuk turut serta secara dalam talian.
Sebelum ini, Fuziah dilaporkan berkata Kongres Khas PKR itu antara lain akan meminda perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
Beliau berkata pindaan akan mengikut prinsip keterlibatan dalam demokrasi yang bakal memberikan hak kepada anggota parti untuk mengundi pemimpin pada sesi pemilihan akan datang bagi memastikan kredibiliti proses memilih pemimpin parti.
Sementara itu, penasihat Jawatankuasa Pengurusan PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pindaan perlembagaan parti kali ini akan menterjemahkan amalan kepelbagaian gender, etnik dan umur berteraskan prinsip demokrasi penyertaan (participatory democracy) dan perwakilan berkadar (proportionate representative).
Beliau berkata perlembagaan parti sesuatu yang dinamik dan tidak boleh selamanya statik.
"Parti mesti responsif terhadap perubahan iklim politik negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Saifuddin Nasution berkata perlembagaan parti itu pernah dipinda beberapa kali sepanjang 25 tahun PKR ditubuhkan dan antara yang paling signifikan ialah menukar nama parti kepada Keadilan daripada nama asal Parti Ikatan, menggabungkan Keadilan dengan Parti Rakyat Malaysia dan pindaan untuk pelaksanaan satu individu satu undi (one man one vote) dalam pemilihan parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Anwar Ibrahim
#pinda perlembagaan parti
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan