KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh pembelian terpilih dalam saham wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi, dalam persekitaran sentimen yang semakin baik berikutan pelanjutan gencatan senjata di Asia Barat.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.31 mata atau 0.66 peratus kepada 1,721.70 daripada 1,710.39 semasa ditutup pada Rabu.
Advertisement
Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 5.16 mata kepada 1,715.55 dan bergerak antara 1,714.41 dan 1,723.51 pada sesi hari ini.
Dalam pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 706 berbanding 485 manakala 562 kaunter tidak berubah, 1,018 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.48 bilion unit bernilai RM3.10 bilion daripada 3.19 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Rabu.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup tinggi, disokong oleh minat belian yang berdaya tahan dalam saham mewah terpilih dan kestabilan indeks yang lebih baik.
"Walaupun ketidakpastian luaran masih berlarutan, pasaran tempatan telah menunjukkan isyarat sokongan asas, dengan aktiviti belian semasa harga rendah berlaku ketika harga saham menyusut.
“Pelabur dijangka menumpukan kepada sektor berdaya tahan dan mempunyai asas kukuh sambil mengekalkan pendirian berwaspada terhadap pelaburan yang lebih berisiko," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, beliau berkata pasaran serantau utama kebanyakannya ditutup rendah apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran konflik Asia Barat yang memuncak meskipun gencatan senjata telah dilanjutkan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM11.22, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah lapan sen kepada RM4.84 dan RM14.60, CIMB Group meningkat empat sen kepada RM7.78, IHH Healthcare naik empat sen kepada RM8.85, Telekom Malaysia menokok sembilan sen kepada RM7.09 dan Axiata Group naik tiga sen kepada RM2.28.
Bagi saham paling aktif, Zetrix AI meningkat setengah sen kepada 86.5 sen, AMS Advanced Material yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 1.5 sen kepada 30.5 sen, Velesto Energy susut satu sen kepada 32 sen, AirAsia X menyusut tujuh sen kepada RM1.23 dan Bumi Armada meningkat tiga sen kepada 41.5 sen.
Kaunter paling untung termasuk Malaysian Pacific Industries yang menambah 70 sen kepada RM36.34, Dutch Lady Milk meningkat 48 sen kepada RM32.86, Petronas Chemicals melonjak 33 sen kepada RM5.55 dan Kelington Group menambah 29 sen kepada RM5.98.
Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut 74 sen kepada RM98.00, United Plantations berkurangan 32 sen kepada RM33.40, Fraser & Neave susut 22 sen kepada RM30.70, Hong Leong Industries menyusut 20 sen kepada RM17.38 dan MISC rendah 20 sen kepada RM8.10.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 88.14 mata kepada 12,706.16, Indeks FBMT 100 naik 93.34 mata kepada 12,546.93, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 84.17 mata kepada 12,565.36, Indeks FBM 70 menokok 180.98 mata kepada 18,016.25 dan Indeks FBM ACE meningkat 14.12 mata kepada 4,635.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 129.28 mata kepada 20,282.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 4.08 mata kepada 189.96, Indeks Tenaga menokok 6.05 mata kepada 828.09 manakala Indeks Perladangan rendah 31.11 mata kepada 8,880.52.
Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.76 bilion unit bernilai RM2.77 bilion daripada 1.93 bilion unit bernilai RM2.42 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.21 bilion unit bernilai RM151.16 juta daripada 872.24 juta unit bernilai RM119.92 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 508.12 juta unit bernilai RM178.82 juta berbanding 392.46 juta unit bernilai RM149.79 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 242.63 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (286.72 juta), pembinaan (153.73 juta), teknologi (318.02 juta), perkhidmatan kewangan (76.27 juta), hartanah (157.78 juta), perladangan (45.97 juta), amanah pelaburan hartanah (22.26 juta), dana tertutup (55,600), tenaga (232.14 juta), penjagaan kesihatan (113.09 juta), telekomunikasi dan media (36.78 juta), pengangkutan dan logistik (43.24 juta), utiliti (37.27 juta), dan amanah perniagaan (64,400).
-- BERNAMA