KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melepasi paras psikologi 1,600 hari ini mencatatkan kenaikan lima peratus semasa tempoh kenaikannya selama tujuh hari.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat satu peratus atau 16.47 mata kepada 1,600.38 daripada 1,583.91 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.04 mata kepada 1,582.87.
Suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 577 berbanding 460, manakala 413 kaunter tidak berubah, 829 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan, bagaimanapun, turun kepada 4.49 bilion unit bernilai RM3.34 bilion daripada 5.19 bilion unit bernilai RM3.55 bilion pada Selasa.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata belian asing terus menyokong aliran meningkat apabila sentimen kekal positif di tengah-tengah pembukaan sempadan dan peningkatan aktiviti ekonomi.
Peningkatan indeks petunjuk pasaran itu disokong terutamanya daripada saham wajaran tinggi perbankan.
"Walapun pembetulan telah dijangkakan, kami percaya aktiviti pengambilan untung yang berselang seli akan meredakan impak tersebut.
"Kami menjangka indeks itu berlegar dalam jajaran 1,595-1,605 bagi tempoh berbaki minggu ini. Dari aspek teknikal, kami melihat paras ketahanan segera pada 1,620 manakala paras sokongan segera pada 1,550," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM8.29, MISC naik 21 sen kepada RM7.11, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.19, Hartalega melonjak 10 sen kepada RM6.07, RHB Bank menambah 17 sen kepada RM5.72 dan Sime Darby meningkat sembilan sen kepada RM2.37.
Sementara itu, Axiata dan Petronas Chemicals tidak berubah masing-masing pada RM4.10 dan RM8.75, manakala Top Glove susut empat sen kepadaRM2.79 dan Petronas Gas berkurangan lapan sen kepada RM17.
Dalam kalangan kaunter cergas, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 41 sen, Sarawak Consolidated susut satu sen kepada 49.5 sen, MYEG meningkat lima sen kepada RM1.07 dan Brahims naik satu sen kepada 52.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 89.26 mata kepada 11,741.91, Indeks FBMT 100 melonjak 95.38 mata kepada 11,388.49, Indeks FBM Emas Syariah naik 82.54 mata kepada 12,830.85, FBM 70 menambah 42.60 mata kepada 15,290.11 dan FBM ACE meraih 8.17 mata kepada 7,198.35.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 174.70 mata kepada 15,717.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.66 mata kepada 211.67 manakala Indeks Perladangan meraih 93.96 mata kepada 7,098.07.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 3.30 bilion saham bernilai RM3.03 bilion berbanding 3.59 bilion saham bernilai RM3.14 bilion yang dicatatkan pada Selasa.
Selain itu, jumlah waran berkurangan kepada 238.27 juta unit bernilai RM17.53 juta berbanding 406.10 juta unit bernilai RM50.59 juta, sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya susut kepada 938.35 juta saham bernilai RM284.93 juta daripada 1.19 bilion saham bernilai RM355.41 juta sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 664.55 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (1.03 bilion), pembinaan (225.19 juta), teknologi (299.73 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.37 juta), hartanah (224 juta), perladangan (57.88 juta), REIT (8.69 juta), dana/ditutup (53,200), tenaga (468.23 juta), penjagaan kesihatan (65.24 juta), telekomunikasi dan media (31.76 juta), pengangkutan dan logistik (133.90 juta) serta utiliti (21.21 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 577 berbanding 460, manakala 413 kaunter tidak berubah, 829 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.