Rombakan demi kekal kestabilan politik, bukan ‘Kabinet perang’ PRU16 - Penganalisis

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rombakan jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah untuk membentuk Kabinet perang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
Ringkasan AI
- Rombakan kabinet bukan bertujuan menghadapi PRU16, tetapi bagi memastikan kestabilan politik dalam koalisi kerajaan.Anwar dilihat berinovasi dalam pelantikan, termasuk memecah tradisi perjawatan dan memindahkan tokoh seperti Steven Sim dan Hannah Yeoh ke portfolio baharu.Rombakan susulan kekosongan beberapa portfolio sebelum ini, dengan jumlah menteri kini meningkat kepada 32 dan timbalan menteri kepada 30.
"Saya tidak lihat barisan ini sebagai Kabinet perang sepenuhnya. Saya lihat perhitungan utama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah memastikan kestabilan politik dalam koalisinya seimbang.
“Tetapi untuk katakan ini sebuah Kabinet yang diimpikan, saya berpendapat Perdana Menteri ada perhitungan dan batas-batas tertentu untuk menamakan barisan jemaah menteri baharu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Rombakan demi mengekalkan kestabilan politik, bukan ‘kabinet perang’ PRU16 - Penganalisis
Dalam pada itu, Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat juga bersetuju rombakan Kabinet yang diumumkan bukan secara khusus untuk menghadapi PRU16.Menurut beliau, perkara yang lebih menarik untuk diperhatikan ialah inovasi Anwar dalam memposisikan individu bagi menyandang jawatan Kabinet tanpa terlalu terikat dengan tradisi perjawatan yang wujud dalam senario politik negara.
“Kita nampak pelantikan yang bertentangan dengan jangkaan biasa. Antara lain, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tidak pernah disandang oleh wakil DAP dan sekarang dijawat oleh Steven Sim yang dipindahkan daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
“Lebih menarik, Hannah Yeoh dipindahkan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Kalau kita bandingkan dengan barisan Kabinet sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berinovasi dalam membuat lantikan.
“Contohnya, lantikan Menteri Pendidikan wanita pertama; Fadhlina Sidek. Daripada segi itu, Perdana Menteri tidak terlalu terikat dengan jangkaan tradisional. Perkara yang lebih menonjol ialah respons kepada keperluan politik,” ujarnya.
Kabinet di bawah pentadbiran Anwar sebelum ini menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri susulan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada 8 November lalu, menyusul selepas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang turut meletak jawatan berkuat kuasa 17 Jun lalu selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR, Mei sebelumnya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga meletak jawatan berkuat kuasa 4 Julai selepas tewas pemilihan Naib Presiden PKR, manakala jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.
Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu.
Rombakan iitu menyaksikan bilangan lantikan anggota pentadbiran tertinggi di Putrajaya terus meningkat, dengan bilangan menteri berjumlah 32 orang (31 orang (2023); 28 orang (2022)). Manakala, bilangan timbalan menteri ketika ini berjumlah 30 orang (29 orang (2023); 27 orang (2022)).
Dialog Tiga Penjuru: Kabinet MADANI | Tonggak Utama Tempur PRU16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


