KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza berbanding aliran serantau apabila ditutup tinggi hari ini setelah Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat menerusi undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga.
Petunjuk pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.28 mata kepada 1,674.02 daripada 1,662.74 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks barometer itu dibuka 1.20 mata lebih rendah kepada 1,661.54 sebelum bergerak di antara 1,655.88 dengan 1,679.10 sepanjang dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 659 berbanding 524, manakala 523 kaunter tidak berubah, 440 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 9.96 bilion saham bernilai RM5.02 bilion daripada 11.88 bilion saham bernilai RM7.20 bilion semalam.
Di peringkat rantau, saham Asia mengalami penurunan selepas mengambil petunjuk daripada prestasi saham Amerika Syarikat yang lemah dalam tempoh semalaman bagi hari keempat berturut-turut.
Ia susulan para pelabur dipengaruhi oleh kemajuan pakej rangsangan bernilai US$908 bilion dan keyakinan terhadap pemberian vaksin semakin suram ekoran peningkatan kes kematian akibat COVID-19 dan sekatan pergerakan.
BACA: RUU Perbekalan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Bursa Saham Shanghai China susut 0.06 peratus kepada 3,367.23; Indeks Straits Times Singapura turun 0.01 peratus kepada 2,857.73; Nikkei 225 Jepun susut 0.17 peratus kepada 26,687.84 dan Indeks Hang Seng Hong Kong menguncup 0.69 peratus kepada 26,207.29.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata bursa tempatan dibuka rendah dan meneruskan penurunan semalam yang seiring dengan aliran bursa-bursa serantau di tengah-tengah perkembangan politik domestik serta penjualan baru di kaunter sarung tangan getah.
Beliau berkata bagaimanapun bursa tempatan meningkat semula dengan kukuh selepas didorong sentimen positif susulan kelulusan ke atas Belanjawan 2021.
"Antara konstituen FBM KLCI, Telekom mendahului dengan kenaikan sebanyak 2.32 peratus memandangkan belanjawan yang diluluskan menunjukkan kejelasan mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan rangkaian Internet di seluruh negara.
"Berlandaskan rancangan kerajaan itu yang dijangka berada di landasannya, Indeks Teknologi mencatatkan lonjakan terbesar iaitu 1.50 peratus dalam kalangan sektor manakala Indeks Tenaga mengalami penurunan paling ketara sebanyak 0.74 peratus," katanya kepada Bernama.
RHB Bank pula mendahului senarai susut apabila merosot 2.74 peratus susulan laporan bahawa Aabar Investment merancang untuk menjual keseluruhan pegangannya dalam bank itu, katanya.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank melonjak 38 sen kepada RM21.68, Petronas Chemicals dan Top Glove masing-masing menambah 11 sen kepada RM7.96 dan RM6.41 sementara Tenaga meningkat 20 sen kepada RM10.80.
Maybank susut lima sen kepada RM8.85.
Antara saham aktif, Sino Hua-An meningkat 4.5 sen kepada 20.5 sen, Yong Tai naik tujuh sen kepada 35.5 sen, AT Systematization dan Trive Property masing-masing menambah setengah sen kepada 18 sen dan 1.5 sen sementara XOX tidak berubah pada 10.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 77.07 mata kepada 12,009.03, Indeks FBMT 100 naik 75.66 mata kepada 11,775.89, FBM ACE melonjak 223.20 mata kepada 10,691.32, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 88.37 mata kepada 13,296.96 dan FBM 70 meningkat 83.50 mata kepada 15,281.13.
Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.20 mata kepada 177.65, Indeks Perladangan naik 49.30 mata kepada 7,391.89 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 37.38 mata kepada 15.951.72.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 6.17 bilion saham bernilai RM4.12 bilion daripada 7.57 bilion saham bernilai RM6.15 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran sebanyak 871.51 juta unit bernilai RM146.27 juta berbanding 1.60 bilion unit bernilai RM259.50 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula meningkat kepada 2.92 bilion saham bernilai RM743.49 juta daripada 2.71 bilion saham bernilai RM796.33 juta.
Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 729.16 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.31 bilion), pembinaan (260.99 juta), teknologi (539.89 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (139 juta), hartanah ( 774.27 juta), perladangan (88.85 juta), REIT (11.63 juta), dana tertutup (14,900), tenaga (1.96 bilion), penjagaan kesihatan (94.96 juta), telekomunikasi dan media (83.14 juta), pengangkutan dan logistik (106.88 juta) serta utiliti (72.56 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020
Petunjuk pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.28 mata kepada 1,674.02 daripada 1,662.74 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.