KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum positif yang kukuh untuk ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong secara keseluruhannya oleh sokongan belian, dengan indeks barometer berada di atas rintangan psikologi 1,500 yang kali terakhir dicatatkan pada Ogos 2022, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 13.77 mata kepada 1,501.11 daripada 1,487.34 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Kali terakhir indeks utama berada di atas paras 1,500 adalah pada 30 Ogos, 2022 apabila ditutup pada 1,512.05.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.94 mata lebih tinggi kepada 1,488.28 sebelum bergerak antara 1,487.81 dengan 1,501.86 mata semasa sesi dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 575 berbanding 456, manakala 419 kaunter tidak berubah, 769 kaunter tidak diniagakan dan 20 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.98 bilion unit bernilai RM3.13 bilion daripada 4.08 bilion unit bernilai RM2.84 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata bursa tempatan juga menjejaki prestasi positif bursa serantau memandangkan pada Isnin, China mengekalkan kadar faedah pinjaman dasar setahun tidak berubah pada 2.5 peratus, di samping menyuntik dana ke dalam sistem kewangan untuk merangsang ekonomi.

"Apabila FBM KLCI melepasi ambang rintangan psikologi 1,500 dan jika paras ini dapat dikekalkan untuk tempoh yang panjang, kami menjangkakan ada potensi peningkatan tambahan.

"Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras berada aliran berjulat 1,490 hingga 1,510 untuk minggu ini dengan rintangan serta-merta pada 1,525 dan sokongan pada 1,475, diikuti 1,465," katanya kepada Bernama.

Di peringkat rantau, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.91 peratus kepada 35,901.79, Bursa Saham Shanghai menambah 0.15 peratus kepada 2,886.29, Kospi Korea Selatan naik 0.04 peratus kepada 2,525.99 dan Indeks Straits Times Singapura menokok 0.24 peratus kepada 3,199.42.

Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.17 peratus kepada 16,216.33.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM9.08, Public Bank naik enam sen kepada RM4.36, CIMB menokok lapan sen kepada RM6.00, Tenaga Nasional melonjak 16 sen kepada RM10.50 manakala Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM6.95.

Antara saham aktif, Minetech susut dua sen kepada 17.5 sen, waran Insas melonjak 18.5 sen kepada 39.5 sen, MRCB meningkat 5.5 sen kepada 53.5 sen manakala Ekovest dan Hong Seng Consolidated masing-masing menambah setengah sen kepada 59.5 sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 83.86 mata kepada 11,200.71, Indeks FBM 70 menambah 18.85 mata kepada 15,182.66, Indeks FBMT 100 meningkat 77.44 mata kepada 10,839.32, Indeks FBM Emas Syariah naik 64.75 mata kepada 11,313.73 manakala Indeks FBM ACE turun 0.47 mata kepada 5,380.96.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.82 mata kepada 177.67, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 143.38 mata kepada 16,693.42, Indeks Tenaga menambah 0.94 mata kepada 866.65, Indeks Perladangan meningkat 87.03 mata kepada 7,188.96 dan Indeks Hartanah meningkat 23.15 mata kepada 915.94.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.29 bilion unit bernilai RM2.74 bilion daripada 2.78 bilion unit bernilai RM2.52 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 846.81 juta unit bernilai RM104.46 juta daripada 573.39 juta unit bernilai RM75.62 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE sebanyak 820.88 juta saham bernilai RM281.65 juta berbanding 726.07 juta saham bernilai RM240.75 juta Jumaat lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 306.33 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (980.28 juta); pembinaan (334.13 juta); teknologi (315.16 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (264.46 juta); hartanah (635.45 juta); perladangan (21.97 juta); REIT (25.77 juta); dana tertutup (137,900); tenaga (106.93 juta); penjagaan kesihatan (76.60 juta); telekomunikasi dan media (48.81 juta); pengangkutan dan logistik (45.54 juta); serta utiliti (128.72 juta).

-- BERNAMA