awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris

Bernama
Bernama
28/04/2024
09:21 MYT
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyantuni dua anak lelaki Allahyarham yang berusia tujuh dan dua tahun. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menyantuni keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503 Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas pada Selasa lepas.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, suasana pilu menyelubungi rumah keluarga Mohammad Amirulfaris di Taman Senawang Perdana di Seremban, Negeri Sembilan semasa Raja Permaisuri Agong bertemu balu Allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan.
Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyantuni dua anak lelaki Allahyarham yang berusia tujuh dan dua tahun.
"Seri Paduka Baginda meluangkan masa bertanyakan khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik arwah sebelum mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah," menurut hantaran itu.
Turut mengiringi keberangkatan Raja Permaisuri Agong ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Rosni Omar dan isteri Timbalan Menteri Pertahanan Dalilah Awaludin.
Mohammad Amirulfaris, 35, adalah antara 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter milik TLDM terhempas di Lumut, Perak semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90.
Jenazah Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan pada Khamis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan