KUALA LUMPUR: Kenaikan yang dicatatkan oleh dagangan Bursa Malaysia semalam tidak bertahan apabila ia dibuka rendah pagi ini disebabkan pengambilan untung, menjejaki prestasi tidak menentu di Wall Street.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,482.57 daripada 1,483.97 penutup Selasa.
Indeks utama memulakan dagangan dengan merosot 1.17 mata untuk mencatatkan paras 1,482.80.
Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mendahului untung 145 berbalas 129, manakala 193 kaunter tidak berubah, 1,746 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan yang direkodkan adalah 152.78 juta unit bernilai RM53.62 juta.
Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan dagangan rendah semalam dengan Indeks Dow Jones susut 0.5 peratus disebabkan data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.4 peratus pada Januari 2023 - sekali gus mencetuskan kebimbangan lanjut bahawa laluan untuk inflasi kembali normal agak sukar.
Firma pembrokeran itu turut percaya sentimen global akan kekal suram, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat sementara menunggu kemunculan pemangkin baharu.
Di pasaran tempatan, pelabur dijangka memberi tumpuan pada musim pelaporan pendapatan serta pembentangan semula Belanjawan 2023.
Bagi komoditi, indeks penanda aras minyak mentah Brent kekal melebihi US$85 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,900 setan.
"Sementara itu, sektor pembinaan dan bahan binaan diunjur menjadi tumpuan menjelang pembentangan semula Belanjawan 2023 minggu depan.
"Selain itu, sektor berkaitan kenderaan elektrik (EV) mungkin menyerlah berikutan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai sasarannya untuk menyediakan sehingga 4,000 titik pengecasan EV di Malaysia," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing pada RM8.80 dan RM5.90, Public Bank naik 1.0 sen untuk mencatatkan harga RM4.20 dan CIMB menambah 4.0 sen kepada RM5.45, manakala Petronas Chemicals susut 3.0 sen kepada RM8.12 .
Bagi saham aktif, kedua-dua Hong Seng dan Dataprep menambah setengah sen kepada 21.5 sen dan 24 sen, Trive Property meningkat 1.0 sen menjadi 8.0 sen dan Kim Teck naik 2.5 sen kepada 26.5 sen, manakala PUC tidak berubah pada 3.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 3.81 mata kepada 10,783.94, Indeks FBMT 100 turun 4.53 mata menjadi 10,452.88 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 19.17 mata kepada 11,092.71.
Indeks FBM 70 pula meraih 16.95 mata kepada 13,592.09 dan Indeks FBM ACE mengukuh 10.41 mata 5,702.08.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 4.34 mata kepada 6,912.20 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.24 mata kepada 189.29, manakala Indeks Tenaga meningkat 1.35 mata kepada 898.07 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.24 mata kepada 16,180.74.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,482.57 daripada 1,483.97 penutup Selasa. -Gambar fail/Bernama
Kabinet Taiwan letak jawatan
Perdana Menteri Taiwan Chen Chien-jen dan Kabinetnya meletak jawatan semasa mesyuarat Eksekutif Yuan sebelum penyusunan semula kerajaan.
Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
Dua lelaki terselamat walaupun terperangkap selepas kereta mereka dihempap pokok besar yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar, di sini pada Khamis.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Projek Dermaga Gaza siap, bantuan mula diagih tidak lama lagi - Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.