KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah hari ini bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis susulan aktiviti jualan berterusan akibat kebimbangan terhadap prospek pasaran global, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka 1.77 mata lebih tinggi kepada 1,431.32 bergerak dalam mod aliran menurun pada 1,546.64 dalam sesi lewat tengah hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 450 berbanding 321, manakala 430 kaunter tidak berubah, 1,015 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.50 bilion unit bernilai RM1.54 bilion berbanding 2.33 bilion unit bernilai RM1.41 bilion sebelumnya.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Bursa Malaysia didagangkan lebih rendah pada Khamis apabila peserta pasaran semakin bimbang tentang prospek global.

"Walaupun kita boleh menarik nafas lega sekiranya Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dapat menghentikan seketika untuk menaikkan kadar faedah, kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan boleh menyebabkan pelabur mencari perlindungan dalam aset bebas risiko seperti bon," katanya kepada Bernama.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu sen kepada RM8.65 dan RM4.01, CIMB menguncup lima sen kepada RM5.26, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.25 dan TNB jatuh satu sen kepada RM9.25.

Dalam kalangan kaunter cergas, Computer Forms bertambah 1.5 sen kepada 24 sen, Classita melonjak 5.5 sen kepada 19.5 sen, Top Glove meningkat satu sen kepada RM1.02, manakala Tanco susut 4.5 sen to 46 sen dan Vinvest jatuh 0.5 sen kepada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 34.32 mata kepada 10,455.14, Indeks FBMT 100 merosot 33.0 mata kepada 0,140.55 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 29.39 mata to 10,762.68.

Indeks FBM 70 Index turun 43.64 mata kepada 13,589.65 dan Indeks FBM ACE merosot 8.97 mata kepada 5,328.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 46.60 mata kepada 15,745.95, Indeks Perladangan jatuh 8.09 mata kepada 6,723.60, Indeks Tenaga merosot 7.52 mata kepada 861.64 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.32 mata kepada 173.08.

Jumlah dagangan Pasaran Utama mengukuh kepada 1.78 bilion saham bernilai RM1.34 bilion berbanding 1.74 bilion saham bernilai RM1.22 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 259.45 juta unit bernilai RM48.86 juta daripada 81.67 juta unit bernilai RM9.2 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 463.04 juta saham bernilai RM147.98 juta daripada 501.76 juta saham bernilai RM178.31 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 330.68 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (602.33 juta), pembinaan (53.60 juta), teknologi (161.71 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (41.86 juta), hartanah (202.51 juta), perladangan (24.10 juta), REITs (5.5 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (108.91 juta), penjagaan kesihatan (161.12 juta), telekomunikasi dan media (31.77 juta), pengangkutan dan logistik (26.60 juta) dan utiliti (26.92 juta).

-- BERNAMA