BISNES
Bursa Malaysia teruskan momentum meningkat untuk ditutup tinggi

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.28 mata atau 0.33 peratus untuk ditutup pada 1,590.24 daripada 1,584.96 semasa ditutup pada Isnin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.28 mata atau 0.33 peratus untuk ditutup pada 1,590.24 daripada 1,584.96 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.47 mata lebih kukuh pada 1,587.43, dan bergerak antara 1,584.62 dan 1,594.40 sepanjang hari dagangan.
Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 503 berbanding 489 manakala 510 kaunter tidak berubah, 1,084 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung dagangan.Jumlah dagangan meningkat kepada 2.60 bilion unit bernilai RM2.74 bilion daripada 2.54 bilion unit bernilai RM2.72 bilion pada Isnin.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau kebanyakannya ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung, menjejaki isyarat negatif menyeluruh daripada Wall Street dalam tempoh semalaman.
Sentimen pasaran pula kekal berhati-hati menjelang simposium tahunan Jackson Hole pada 21 hingga 23 Ogos.
"Bagi pasaran tempatan, sentimen pelabur terus bertambah baik apabila indeks petunjuk pasaran berjaya melepasi paras rintangan 1,585.
"Dengan indeks pada masa ini kembali kepada paras yang kali terakhir dicapai pada awal 2025, kami yakin ini boleh membuka laluan kepada paras psikologi 1,600 dan mengukuhkan lagi potensi aliran meningkat berterusan ke arah 1,640.
"Buat masa ini, kami mengekalkan unjuran mingguan FBM KLCI pada julat antara 1,570 hingga 1,600, dan berkemungkinan 1,620 sekiranya momentum berterusan," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM9.80, Tenaga Nasional melonjak 10 sen kepada RM13.72, CIMB menokok 6.0 sen kepada RM7.39, IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM6.85 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.46.
Bagi kaunter paling aktif, Velesto naik setengah sen kepada 19 sen, Tanco susut setengah sen kepada 73 sen, Zetrix berkurangan 3.5 sen kepada 86.5 sen, Genetec berkurangan 6.0 sen kepada 56.5 senmanakala TWL holdings tidak berubah pada 2.5 sen.
Sementara itu, dagangan dalam sekuriti Pestec International Bhd telah dihentikan antara 3.01 petang dan 4.01 petang hari ini.
Bursa Malaysia berkata saham-saham syarikat dan warannya akan dilarang daripada urus niaga perniagaan langsung sehingga 10 pagi pada Rabu, 20 Ogos 2025, mengikut Peraturan Perdagangan Bursa 10.10(1).
Dalam pasaran lebih luas, Indeks FBM Emas meningkat 33.61 mata kepada 11,812.41,Indeks FBMT 100 naik 35.06 mata kepada 11,597.65, Indeks FBM Emas Shariah menokok 37.77 mata kepada 11,731.40, Indeks FBM 70 menambah 35.40 mata kepada 16,709.97 manakala Indeks FBM ACE susut 4.53 mata kepada 4,709.69.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 55.13 mata kepada 18,185.50,Indeks Perladangan meningkat 11.72 mata kepada 7,546.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.77 mata kepada 159.12 manakala Indeks Tenaga naik 11.87 mata kepada 750.22.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.49 bilion unit bernilai RM2.51 bilion daripada 1.39 bilion unit bernilai RM2.47 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 732.43 juta unit bernilai RM101.91 juta daripada 694.21 juta unit bernilai RM98.99 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 375.68 juta unit bernilai RM134.87 juta daripada 459.40 juta unit bernilai RM150.63 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 223.04 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (213.61 juta), pembinaan (125.83 juta), teknologi (214.04 juta), perkhidmatan kewangan (82.87 juta), hartanah (219.62 juta), perladangan (20.82 juta), REIT (47.04 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (161.39 juta), penjagaan kesihatan (61.74 juta), telekomunikasi dan media (52.01 juta), pengangkutan dan logistik (28.54 juta), utiliti (39.39 juta), dan amanah perniagaan (308,400).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami