Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Algeria bangkit tewaskan Jordan 2-1, hidupkan harapan ke pusingan kalah mati

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group J - Jordan v Algeria - San Francisco Bay Area Stadium, Santa Clara, California, U.S. - June 22, 2026 Algeria's Amine Gouiri celebrates scoring their second goal with teammates REUTERS/Luisa Gonzalez
Algeria bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Jordan 2-1 pada Isnin sekali gus menghidupkan peluang mereka mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia FIFA. - Foto Reuters
Advertisement

SANTA CLARA: Algeria bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Jordan 2-1 pada Isnin sekali gus menghidupkan peluang mereka mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia FIFA, dan menyebabkan lawan mereka tersingkir awal daripada saingan Kumpulan J, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Selepas bergelut untuk menembusi pertahanan Jordan yang kental, Algeria berjaya mengubah kedudukan menerusi dua gol dalam tempoh 13 minit pada separuh masa kedua hasil jaringan Nadhir Benbouali dan Amine Gouiri.

Jordan berjaya menyerap asakan bertali arus Algeria dan mendahului pada minit ke-36 selepas kesilapan benteng pertahanan lawan mencetuskan serangan pantas yang disudahkan Nizar Al-Rashdan menerusi rembatan leret ke penjuru gawang.

Algeria akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 apabila pemain gantian Benbouali menanduk masuk sepakan sudut Riyad Mahrez.

Gouiri kemudian menjaringkan gol kemenangan lapan minit sebelum tamat perlawanan apabila menolak masuk bola muntah di dalam kotak penalti.

-- BERNAMA-WAM

Must Watch Video

Advertisement