awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan kadar tol lebuh raya PLUS akan dikemukakan Jun, kata UEM

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2016
10:45 MYT
Cadangan kadar tol lebuh raya PLUS akan dikemukakan Jun, kata UEM
Mengikut perjanjian konsesi, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038. - Gambar fail
Cadangan berhubung kadar baharu tol lebuh raya PLUS Malaysia Bhd akan dikemukakan pada Jun, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris.
PLUS, cabang lebuh raya Kumpulan UEM, mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan), yang terdiri dari Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson; juga Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
"Perbincangan sedang dijalankan di antara kami dengan Kementerian Kerja Raya yang mesti dimuktamadkan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar pada sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan UEM di sini, hari ini.
Mengikut perjanjian konsesi itu, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai keputusan tender untuk Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.
Kumpulan UEM bekerjasama dengan MMC Corp dan sebuah syarikat Sabah dalam mengemukakan tender untuk komponen Sabah projek berkenaan.
Topic Berkaitan
#Izzaddin Idris
#Lebuh Raya PLUS
#PLUS
#tol
#UEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan