Skip to main content

Malaysia

AADK rekod 21,794 klien kekal pulih pada 2025

AADK records 21,794 clients remaining recovered in 2025 _BERNAMA
Zainuddin selepas Mesyuarat MTMD Negeri Perlis Bilangan 1/2026 di sini hari ini, yang dipengerusikan Abu Bakar. - Gambar Bernama

KANGAR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merekodkan sebanyak 21,794 klien yang menjalani program rawatan dan pemulihan dalam komuniti di seluruh negara, mencapai status kekal pulih sepanjang tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Zainuddin Abdullah berkata jumlah itu, mewakili kadar kepulihan 81 peratus daripada keseluruhan 26,852 klien yang dinilai dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata pencapaian itu melebihi kadar kepulihan iaitu antara 40 hingga 60 peratus yang dilaporkan National Institute on Drug Abuse (NIDA), sekali gus membuktikan keberkesanan modul rawatan dan pemulihan AADK.

“Pencapaian ini menunjukkan pendekatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang dilaksanakan AADK berada pada landasan tepat, serta mampu membantu klien kembali berfungsi dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Perlis Bilangan 1/2026 di sini hari ini, yang dipengerusikan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah.

Zainuddin berkata pendekatan rawatan dan pemulihan komuniti kini menjadi antara fokus utama AADK, susulan perubahan trend penyalahgunaan dadah terutama membabitkan penggunaan dadah sintetik jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS).

“Trend semasa menunjukkan penggunaan dadah sintetik semakin meningkat khususnya dalam kalangan belia, justeru usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan perlu diperkukuh secara menyeluruh,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement