awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carsome PJ Automall sediakan kelulusan pinjaman dalam tempoh sehari

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/06/2022
15:53 MYT
Carsome PJ Automall sediakan kelulusan pinjaman dalam tempoh sehari
Majlis pelancaran Carsome PJ Automall turut disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tiga dari kiri). - Gambar/ Carsome
PETALING JAYA: Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara telah menambah baik pengalaman membeli kereta sedia ada melalui pelancaran Carsome PJ Automall.
Bukan sahaja lokasi untuk memilih dan memandu uji kereta pilihan, urusan jual beli kereta di “one stop centre” itu turut membolehkan pelanggan melengkapkan pembelian dengan kelulusan pinjaman dalam tempoh sehari.
“PJ Automall menempatkan kira-kira 250 daripada lebih 1,000 kereta yang kami ada di laman web kami dan ini adalah pusatnya.
“Mengapa ia istimewa? Kerana ia adalah pusat sehenti untuk pemilikan kereta, dari saat anda ingin membeli kereta baharu atau menjual kereta lama anda, semuanya disediakan di bawah satu bumbung. Anda juga boleh mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam masa sehari juga,” kata Pengurus Besar Carsome Sdn Bhd, Alan Cheah.
Sementara itu, Cheah mengakui dengan keadaan lebih ramai rakyat Malaysia berminat untuk membeli kereta terpakai, Carsome bakal menjadi satu penanda aras dalam urusan jual beli kereta.
“Kami menjanjikan ketelusan, integriti dan juga kepercayaan. Kami membolehkan anda membeli kereta tanpa rasa bimbang dengan ketenangan fikiran, dan melihat pada janji-janji kami, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari.
“Saya tidak rasa mana-mana kenderaan pramilik pernah menawarkan janji itu sebelum ini. Dan sekarang dengan adanya jaminan kualiti, jaminan kepercayaan dan keselesaan. Anda dapat melihat mengapa Carsome benar-benar mengubah landskap urusan jual beli kereta,” ujarnya.
Carsome PJ Automall terletak di bilik pameran ikonik Naza Automall di sebelah Lebuhraya Persekutuan dengan keluasan ruang lebih 100,000 kaki persegi.
Ia boleh memuatkan lebih daripada 200 buah kereta – daripada inventori dalam talian Carsome yang semakin berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 1,600 buah kereta – untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan, daripada model SUV, MPV, 4x4, sedan, hatchback hingga ke segmen kereta mewah.
Carsome PJ Automall juga menjadi tuan rumah kepada rakan kongsi perbankan seperti Maybank dan Public Bank; rakan kongsi perincian dan pemasangan cermin gelap kereta iaitu Ecotint dan Glass Auto, untuk mengukuhkan usaha Carsome dalam menawarkan pengalaman membeli kereta yang berbeza.
Topic Berkaitan
#carsome
#rakyat Malaysia
#kereta terpakai
#Carsome PJ Automall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan