Lembaga Pengarah Boustead Plantations Berhad (BPB) hari ini menerima persaraan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Chow Kok Choy, yang akan berkuatkuasa 31 Julai 2019.
Dalam masa interim sementara Lembaga Pengarah Boustead memilih Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BPB, Encik Mohamad Azlan Jaafar akan mengambil tempat sebagai pemangku CEO.
Pengerusi BPB, Gen (R) Tan Sri Panglima Mohd Ghazali Che Mat menerangkan keputusan pengarah melantik Jaafar adalah kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas.
Sementara itu, Mohd Ghazali juga mengucapkan terima kasih kepada mantan Chow.
"Dengan kerjaya yang merangkumi lebih daripada empat dekad dalam sektor perladangan, kepakaran luas Chow tidak ternilai sepanjang tempoh beliau berkhidmat bersama Kumpulan (Boustead)," kata Mohd Ghazali.
Berumur 71 tahun, Chow mula-mula menyertai Kumpulan pada tahun 1971 sebagai Pengurus Ladang untuk beberapa ladang.
Pada tahun 1993, beliau dilantik sebagai Penasihat Penanaman Boustead Estates Agency Sdn Bhd (BEA).
Berikutan itu, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Penanaman BEA pada tahun 2001 dan seterusnya Pengarah Operasi, Perladangan, BEA pada tahun 2008.
Beliau telah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan BEA sejak tahun 2014.
Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi BPB dari tahun 2014 hingga pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2018.
Ibrahim Sani
Fri Jun 14 2019

Chow berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi BPB dari tahun 2014 hingga pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2018. - Foto bousteadplantations.com

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar
Anwar mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jakim dan IIFA di peringkat antarabangsa, diteruskan.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.

Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.

Veteran Ironman Malaysia bakal bersara selepas Langkawi 70.3
Yee Sze Mun merupakan antara perintis terawal kepada Ironman Langkawi, yang mula diperkenalkan di Malaysia pada 2000.

Isu kemiskinan warga emas: Skim pekerjaan khas dicadang diwujudkan
Pelaksanaan cadangan itu juga boleh menangani isu kesepian dan keterpinggiran dalam kalangan warga emas.

Mat Kasim bersara selepas 35 tahun perkhidmatan dalam PDRM
Selepas 35 tahun menabur khidmat kepada PDRM, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim bersara hari ini.

Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti.

Sir Mo Farah terharu tamatkan maraton terakhir
Perlumbaan itu melabuhkan tirai karier gemilangnya yang sudah menggondol empat pingat emas Olimpik dan enam gelaran Kejohanan Dunia.

Bersara: Ben Foster batal kontrak di Wrexham
Pemain berusia 40 tahun itu kemudian mengesahkan persaraannya selepas persembahannya tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Nenek 90 tahun gagah bekerja di restoran McDonald's
Tamiko Honda yang berusia 90 tahun sudah 23 tahun berkhidmat merupakan kakitangan paling tua daripada 190,000 staf wanita McDonald's di seluruh Jepun.

Terima kasih semua! Gianluigi Buffon umum persaraan pada usia 45 tahun
Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, telah bersara daripada bola sepak, pemain berusia 45 tahun itu mengumumkannya semalam.

Hampir 80 peratus veteran ATM ceburi bidang keusahawanan - Adly
Hampir 80 peratus daripada 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selepas bersara.