awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Intel letak jawatan kerana punyai 'hubungan dipersetujui bersama' dengan pekerja

Bernama
Bernama
22/06/2018
23:44 MYT
CEO Intel letak jawatan kerana punyai 'hubungan dipersetujui bersama' dengan pekerja
Brian Krzanich dalam satu temubual dengan Reuters di Santa Clara, California, 13 Mac, 2012. REUTERS/Fail
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel, Brian Krzanich meletak jawatan selepas dikatakan mempunyai 'hubungan' dengan pekerja, yang mana ia melanggar dasar ditetapkan syarikat berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mengesahkan terdapat pelanggaran terhadap dasar 'tidak boleh mempunyai hubungan dipersetujui bersama' dan dasar itu tertakluk kepada semua pegawai peringkat pengurusan.
"Lembaga pengarah menerima peletakan jawatan Krzanich,'' kata Intel dalam kenyataan pada Khamis.
Krzanich telah berkhidmat sebagai CEO dan ahli lembaga pengarah syarikat perisian terkemuka dunia itu selama setengah dekad.
Berikutan itu, ketua pegawai kewangan (CFO), Robert Swan dilantik sebagai CEO sementara, berkuatkuasa serta merta.
"Kami yakin dengan keupayaan Bob (Robert) Swan untuk memimpin syarikat itu sementara mencari calon sesuai untuk dilantik sebagai CEO," kata pengerusi Intel, Andy Bryant.
Swan, menyandang jawatan CFO sejak Oktober 2016 dan mengetuai bahagian kewangan global, teknologi maklumat dan strategi korporat.
Sebelum menyertai Intel, beliau merupakan CFO eBay Inc. selama sembilan tahun.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brian Krzanich
#CEO
#hubungan
#Intel
#letak jawatan
#Pekerja
#robert swan
#syarikat perisian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan