Skip to main content

Malaysia

Belanjawan 2027: Tiket filem, teater tempatan di Wilayah Persekutuan bebas duti hiburan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh industri kreatif tempatan menerusi Belanjawan 2027. - Gambar fail/Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh industri kreatif tempatan menerusi Belanjawan 2027. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan akan dikecualikan sepenuhnya daripada duti hiburan mulai 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh industri kreatif tempatan menerusi Belanjawan 2027.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan peruntukan lebih RM130 juta bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan.

"Kita menyeru kerajaan negeri mengambil langkah serupa bagi menyokong pengkarya tempatan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, peruntukan itu turut merangkumi pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia.

Insentif tambahan juga akan diberikan kepada karya yang mengetengahkan budaya dan kenegaraan Malaysia.

Dalam pada itu, kerajaan akan memperkukuh ekosistem animasi tempatan dengan sasaran menghasilkan 20 harta intelek (IP) baharu.

Usaha berkenaan turut bertujuan mengkomersialkan watak animasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Anwar berkata, pembangunan industri kreatif penting bagi mengangkat imej negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa karya Malaysia ke pentas dunia.


 

Must Watch Video

Advertisement