awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,345 projek infrastruktur, penyelenggaraan di Negeri Sembilan babit RM431 juta
Wanita rugi RM243,300 diperdaya sindiket cabutan bertuah dalam talian
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Petronas letak jawatan?

Najib Aroff
Najib Aroff
05/06/2020
15:04 MYT
CEO Petronas letak jawatan?
Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, tarikh akhir Wan Zulkiflee berkhidmat belum diputuskan. - Gambar fail
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilaporkan meletak jawatan dan bakal diganti dengan seorang profesional, menurut sumber.
Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, tarikh akhir Wan Zulkiflee berkhidmat belum diputuskan.
Bagaimanapun, punca peletakan jawatan itu tidak diketahui setakat ini.
Semakan Astro AWANI di laman sesawang Petronas mendapati Wan Zulkiflee masih memegang jawatan itu.
Wan Zulkiflee menyertai Petronas pada 1983 sebagai Jurutera Proses dan tahun ini merupakan tahun ke-37 beliau bersama Petronas.
Kontrak Wan Zulkiflee bersama Petronas diperbaharui pada 1 April 2018 untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga April 2021.
Justeru perletakan jawatan beliau menjadikannya CEO yang meninggalkan jawatan itu sebelum tamat tempoh.
Beliau mula memegang jawatan Presiden dan CEO pada 1 April 2015.
Sepanjang lebih tiga dekad, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Berhad pada 2003 hingga 2007 dan Naib Presiden Perniagaan Gas dari 2006 hingga 2010.
Pada 2012 beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi PETRONAS.
Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan dari Petronas.
Topic Berkaitan
#CEO Petronas
#Ketua Pegawai Eksekutif
#letak jawatan
#Petronas
#Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan