awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah

Bernama
Bernama
23/01/2026
15:00 MYT
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
Siti Aisyah, sebelum ini telah disabitkan kesalahan mengedar dadah dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Julai 2024. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang suri rumah daripada pertuduhan mengedar 80.6 gram heroin dan monoasetilmorfina.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan seorang suri rumah daripada tuduhan mengedar dadah seberat 80.6 gram heroin dan monoasetilmorfina.
  • Panel tiga hakim membatalkan hukuman penjara 30 tahun yang sebelumnya dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Seremban terhadap Siti Aisyah Samdin.
  • Keputusan dibuat berdasarkan kecacatan serius dalam kes pendakwaan yang gagal memanggil pemilik kenderaan tempat dadah dijumpai, serta kesalahan dalam isu pemilikan eksklusif dan kawasan terhadap kenderaan terbabit.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 30 tahun yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban terhadap Siti Aisyah Samdin.
"Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi, tertuduh dilepas dan dibebaskan," kata Hakim Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Choo Kah Sing dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Azman berkata kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil pemilik kenderaan tempat dadah itu dijumpai adalah satu kecacatan yang serius, memandangkan kenderaan terbabit telah dipinjam oleh perayu dan dia ditahan tidak lama kemudian.
Beliau berkata terdapat salah arah dalam sabitan berkenaan dari segi isu pemilikan ekslusif dan kawasan terhadap kenderaan terbabit.
Siti Aisyah, yang bakal berusia 38 tahun bulan depan, sebelum ini telah disabitkan kesalahan mengedar dadah dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Julai 2024.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kesalahan berkenaan dilakukan di dalam sebuah kereta BMW di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah pasar raya besar di Taman Lavender Heights, Seremban, Negeri Sembilan, pada 5.15 petang, 12 Ogos 2020.
Fakta kes mendedahkan pihak polis yang menjalankan pengawasan telah menahan Siti Aisyah yang ketika itu sedang mendukung seorang bayi dan kelihatan gelisah, kerap memandang sekeliling tanpa tujuan jelas.
Dalam pembelaannya, ibu kepada lima anak itu menyatakan dia meminjam kereta itu daripada isteri pertama suaminya. Siti Aisyah menjelaskan dia telah pergi ke Semenyih untuk mengambil barangan dan singgah sebentar untuk membeli keperluan bayinya yang berusia enam bulan, sebelum ditahan.
Di Mahkamah Rayuan hari ini, Siti Aisyah diwakili peguam Paul Krishnaraja, Amy Chong dan Virochean Stephan Soosai, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Aznin Mohamed Ariff dan Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#BMW
#Dadah
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan