Chevrolet sudah mengeluarkan imej-imej pertama untuk menarik perhatian dunia kepada model Camaro generasi terkini yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Memang model ini tidak dijual di Malaysia, tetapi model Camaro adalah antara nama ikonik di seluruh dunia. Apatah lagi dengan imej baharunya yang semakin naik dek kerana filem ‘Transformers’.
Chevrolet Camaro baharu ini dikatakan mendapat rekaan untuk mencerminkan sebuah kereta yang lebih lincah dan dapat memberi pengalaman pemanduan lebih baik.
“Camaro telah pergi gim dan keluar dengan fizikal lebih lincah dan atletik untuk model generasi ke-6 ini" kata Ed Welburn, timbalan presiden, GM Global Design.
Bahagian luar direka untuk kelihatan rapi membalut komponen-komponen mekanikal dengan ketat.
Hud enjin daripada aluminium (gambar di atas), contohnya, diberi penggayaan yang terdiri daripada garisan keras dan lengkungan yang cermat. Dikatakan ia membawa kesan seakan-akan hud ini membalut bahagian enjin.
Fender pula menjadi satu faktor visual yang penting, sepertimana yang ditunjukkan Camaro sekarang. Tetapi ia dikemaskini dengan perincian untuk menampakkan seperti kereta baharu adalah lebih rendah dan lebar daripada sebelumnya. Sebenarnya, Camaro akan datang ini mempunyai tapak yang lebih kecil.
Chevorlet Camaro baharu ini akan dipersembahkan kepada umum pada Mei 16 ini. Kita tunggu bagaimana rupanya nanti.
Astro Publication
Wed May 06 2015
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
‘Bumblebee’ kembali dengan generasi ke-6 Camaro
Chevrolet perkenalkan Camaro 2016 yang lebih ringan, cekap dan dengan pengendalian lebih hebat
Chevrolet Camaro baharu bakal tunjuk muka!
Bumblebee akan dapat ‘adik’. Entah macam mana la rupanya nanti…