KUALA LUMPUR: China, ekonomi kedua terbesar dunia, akan terus menjadi penstabil pertumbuhan ekonomi global pada 2023, kata seorang pemimpin perniagaan Malaysia, lapor Xinhua.
Data Biro Perangkaan Kebangsaan menunjukkan keluaran dalam negara kasar China meningkat 4.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
Data itu menunjukkan ekonomi China mencatat permulaan yang baik pada suku pertama dan mencatat arah aliran positif yang merupakan berita menarik untuk pasaran, kata Low Kian Chuan, presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia dalam temu bual dengan Xinhua baru-baru ini.
"Kami percaya ekonomi China mampu meneruskan aliran ini dan meningkatkan daya tahan serta stabil, sekali gus membawa pemulihan kepada Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik," katanya.
Mengambil maklum bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia telah membawa peniaga menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selama lima tahun berturut-turut, Low berkata menerusi penganjuran siri pameran antarabangsa utama seperti CIIE, Pameran Perdagangan Antarabangsa China dalam Perkhidmatan, Pameran Import dan Eksport China serta mewujudkan zon perdagangan bebas perintis, China telah mewujudkan banyak platform untuk pengembangan pembukaannya serta menyediakan peluang baharu untuk memperdalam kerjasama serantau.
"Pembukaan tahap tinggi China akan membantu membentuk kelebihan baharu dalam kerjasama dan persaingan antarabangsa. Semakin terbuka industri, ia akan semakin rancak. Pembukaan akses pasaran yang dipercepat akan memudah dan meningkatkan daya saing korporat dan inovasi teknologi yang mendorong kepada pencapaian pembangunan ekonomi berkualiti tinggi," kata Low.
Low juga berkata pembukaan semula China akan membantu menyokong prospek ekonomi dan perniagaan ASEAN terutama sektor pelancongan dan perkhidmatan serta industri penerbangan.
Pada 2022, perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencapai rekod tertinggi AS$203.6 bilion, meningkat 15.3 peratus tahun ke tahun. China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut.
Untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara pada masa depan, Low berkata Malaysia dan China boleh mengembangkan kerjasama mereka dalam industri baharu muncul yang berpotensi seperti ekonomi digital, pengeluaran makanan, tenaga boleh baharu, kenderaan elektrik, pembangunan hijau, e-dagang dan keselamatan siber.
"Pembukaan China secara meluas dan berterusan merupakan pemangkin yang sangat diperlukan oleh rakan dagangannya. Menerusi penggalakkan liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan serta mendorong ke arah globalisasi ekonomi yang lebih terbuka, inklusif dan seimbang, ekonomi boleh dibangunkan dan manfaatnya boleh dikongsi," kata Low.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Low berkata pembukaan semula China akan membantu menyokong prospek ekonomi dan perniagaan ASEAN. - Gambar NCCIM
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.