awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Coca-cola perluas kemudahan sedia ada di Nilai

Bernama
Bernama
26/08/2016
00:18 MYT
Coca-cola perluas kemudahan sedia ada di Nilai
Coca-Coca Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd kini dalam proses membeli sebidang tanah bersebelahan dengan kemudahannya yang sedia ada untuk mengembangkan pengeluarannya. - Gambar fail
Syarikat minuman, Coca-Cola yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dan merancang untuk terus melabur di negara ini, bermula dengan memperluaskan kemudahan pengeluarannya yang sedia ada di Nilai, Negeri Sembilan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen James Lusk, berkata Coca-Coca Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd kini dalam proses membeli sebidang tanah bersebelahan dengan kemudahannya yang sedia ada untuk tujuan tersebut.
"Tapak seluas 4.05 hektar itu akan membolehkan kami meneruskan pelaburan kami di Malaysia, dan semakin lebih besar, kami (akan) memerlukan lebih banyak ruang dan tanah.
"Kami optimis dan gembira dengan prospek masa depan bagi perniagaan kami serta ekonomi Malaysia, dan kami telah meraih manfaat daripada struktur kos Malaysia yang menarik, ketersediaan tenaga kerja, asas ekonomi yang kukuh dan infrastruktur eksport yang baik," katanya pada sidang media mengenai acara 'Coca-Cola Celebrates 80th Year in Malaysia' di sini pada Khamis.
Lusk berkata cadangan pembelian itu akan membolehkan syarikat meluaskan operasi dan terus membuat pembaharuan pada produknya yang ditawarkan dalam pasaran di Singapura, Malaysia dan Brunei.
"Kami satu-satunya syarikat minuman yang menghasilkan dan menjual minuman ringan sifar gula dan sifar kalori di Malaysia dan kami akan terus membuat pembaharuan kepada portfolio minuman kami dan saiz hidangan termasuk pek lebih kecil untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami," katanya.
Coca-Cola memulakan operasinya di Malaysia pada 1936 dengan satu produk, dan hari ini portfolionya mempunyai lebih 80 produk termasuk minuman berkarbonasi seperti Fanta, Sprite, A&W, dan Schweppes; dan minuman sifar kalori seperti Coke light dan Coke Zero.
Minuman bukan berkarbonasi termasuk minuman jus Minute Maid Pulpy, teh Heaven & Earth, minuman isotonik Aquarius dan Dasani Water.
Topic Berkaitan
#Coca-Cola
#Coke light
#Coke Zero
#nilai
#pemasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan