awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar - Penganalisis

Bernama
Bernama
13/04/2020
04:15 MYT
COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar - Penganalisis
Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan situasi itu, ia menjangkakan aktiviti perniagaan mungkin tidak akan mencatatkan pemulihan dalam tempoh terdekat ini.
Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luaran tahun ini terutamanya daripada pandemik COVID-19 yang menjejaskan perniagaan apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan situasi itu, ia menjangkakan aktiviti perniagaan mungkin tidak akan mencatatkan pemulihan dalam tempoh terdekat ini.
"Walaupun kerajaan Malaysia menyediakan pakej rangsangan yang besar bertujuan menangani kelembapan ekonomi, ia akan menyebabkan defisit belanjawan yang tinggi melebihi sasaran kepada paras -3.2 peratus tahun ini.
"Dalam masa yang sama, aktiviti ekonomi juga mungkin juga mengambil masa yang lama untuk kembali pulih seperti biasa sekiranya pandemik itu berjaya dikawal," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Sementara itu, Malacca Securities menjangka pasaran tempatan kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.
"Kami melihat trend ini berterusan kerana sentimen pasaran rata-ratanya lemah, walaupun ada petanda pemulihan. Pemain pasaran dijangka mengambil pendekatan tunggu dan lihat terutamanya bagi sebarang perkembangan baharu mengenai COVID-19," kata firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#ekonomi
#ekonomi malaysia
#kerajaan
#koronavirus
#Malacca Securities Sdn Bhd
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan