awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
04:00 MYT
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Prabowo (kiri) dijangka mengadakan lawatan ke AS pada hujung Januari untuk berjumpa dengan Trump.
WASHINGTON: Indonesia memaklumkan semua isu utama dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) telah diselesaikan dan perjanjian tersebut dijangka dimeterai pada akhir Januari ini, sekali gus mengurangkan ketidaktentuan ekonomi bagi negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto berkata kedua-dua negara telah mencapai kesepakatan berhubung “isu-isu kritikal” dalam draf perjanjian, yang melindungi kepentingan bersama Indonesia dan AS.
Beliau berkata demikian dalam satu pembentangan dalam talian pada Selasa selepas mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer di Washington.
Menurut Airlangga, perjanjian perdagangan itu akan ditandatangani oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Presiden AS, Donald Trump, dengan Prabowo dijangka mengadakan lawatan ke AS pada hujung Januari.
AS bersetuju untuk mengecualikan tarif ke atas beberapa produk Indonesia termasuk minyak sawit, kopi dan teh. Dalam masa sama, AS turut memperoleh akses kepada mineral kritikal Indonesia.
Di bawah rangka kerja yang diumumkan pada Julai lalu, Indonesia bersetuju untuk menghapuskan tarif ke atas lebih 99 peratus barangan AS serta menghapuskan halangan bukan tarif, sebagai pertukaran kepada pengurangan tarif AS ke atas produk Indonesia daripada 32 peratus kepada 19 peratus.
Indonesia juga bersetuju untuk membeli kira-kira AS$19 bilion produk Amerika termasuk 50 pesawat Boeing serta barangan pertanian.
Bagaimanapun, rundingan sebelum ini berdepan cabaran susulan tuntutan AS yang berpotensi mengehadkan kebebasan Indonesia dalam menjalin perjanjian perdagangan dan pelaburan strategik dengan negara lain, khususnya membabitkan sektor mineral kritikal, tenaga serta hubungan perdagangan dengan China dan Rusia.
Menjawab kebimbangan itu, Airlangga menegaskan tiada dasar Indonesia yang disekat menerusi perjanjian berkenaan.
“Perjanjian ini bersifat komersial dan strategik serta memberi manfaat ekonomi secara seimbang kepada kedua-dua negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Prabowo Subianto
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan