awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
04:30 MYT
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Syed Ali berkata apabila mulut pemimpin dikunci, suara yang terhasil hanyalah dengusan penuh pembohongan dan dusta, sementara penghinaan terhadap maruah bangsa dibiarkan tanpa sebarang rasa resah. -Foto fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee secara sinis menggambarkan senario politik semasa sebagai semakin sarat dengan lakonan, kepalsuan, dan keberanian yang lahir daripada ketakutan kehilangan kuasa serta kemewahan.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengkritik senario politik semasa sebagai penuh lakonan, kepalsuan, dan keberanian palsu disebabkan ketakutan kehilangan kuasa.
  • Beliau menegaskan bahawa pemimpin yang berdiam diri akibat ketakutan arus politik hanya menghasilkan suara kosong berpenuh pembohongan dan penghinaan terhadap maruah bangsa.
  • Syed Ali menyifatkan 'kemarahan' dalam politik sebagai pementasan sementara yang tidak berterusan, dengan golongan bawahan hanya mampu mengeluh manakala golongan atasan terus menerus memutar kuasa demi kepentingan politik masing-masing.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, ketakutan untuk bercanggah dengan arus menyebabkan segelintir pemimpin politik memilih untuk berdiam diri, sekali gus mengunci suara walaupun berdepan isu yang menyentuh maruah bangsa.
"Lakon layar politik memerlukan skrip keberanian biarpun dibayangi ketakutan. Takut hilang kuasa khuatir terlucut kemewahan jika bercanggah arus," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Syed Ali menambah apabila mulut pemimpin dikunci, suara yang terhasil hanyalah dengusan penuh pembohongan dan dusta, sementara penghinaan terhadap maruah bangsa dibiarkan tanpa sebarang rasa resah.
Beliau juga mendakwa 'kemarahan' dan jeritan tersebut hakikatnya hanyalah pementasan politik semata-mata, bersifat sementara serta tidak berterusan.
"Itu semua sekadar pementasan opera wayang Cina... kosong. Menari tanpa gendang bila setiap kali maruah diri tertawakan orang. Mengamuk, memberontak dan mengaum sekadar untuk seminggu dua.
"Bila digosok tulang belakang, sedawa penuh lalu hilang amarahnya," jelasnya lagi.
Menurut beliau, dalam kitaran kuasa yang terus berputar, golongan bawahan hanya mampu mengeluh, manakala golongan atasan terus ligat memusingkan kuasa demi kelangsungan nyawa politik masing-masing.
"Putaran kuasa terus berpusing dan dipusing selagi nyawa politik masih ada. Begini dan begitulah nasib bangsa, bila rambut ditarik orang!" ujar Syed Ali.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pandangan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee terhadap senario politik semasa? A: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menggambarkan senario politik semasa sebagai sarat dengan lakonan, kepalsuan, dan keberanian yang timbul daripada ketakutan kehilangan kuasa dan kemewahan.
  • Q: Mengapakah segelintir pemimpin politik berdiam diri walaupun berdepan isu yang menyentuh maruah bangsa? A: Ketakutan untuk bercanggah dengan arus menyebabkan segelintir pemimpin politik memilih untuk berdiam diri, mengunci suara, dan tidak bersuara walaupun berdepan isu yang menyentuh maruah bangsa.
  • Q: Bagaimanakah Syed Ali Alhabshee menggambarkan tindakan pemimpin politik yang hanya mengeluarkan suara dengusan penuh pembohongan dan dusta? A: Syed Ali Alhabshee menggambarkan tindakan tersebut sebagai pementasan politik semata-mata, bersifat sementara, dan tidak berterusan, serta sebagai penghinaan terhadap maruah bangsa yang dibiarkan tanpa rasa resah.

Topic Berkaitan
#Politik Malaysia
#Kes Najib Razak
#Syed Ali Alhabshee
#lakonan kepalsuan dan keberanian palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan