Mendepani ancaman pandemik COVID-19 dan pada masa yang sama memastikan tahap kesihatan rakyat terjaga serta aktiviti ekonomi dapat diteruskan, bukan satu perkara yang mudah.
Menurut Penganalisis Ekonomi dari Australia yang juga Felo Pelawat Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Stewart Nixon, langkah Malaysia membuka semula ekonomi beransur-ansur dengan pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) amat bertepatan pada masanya.
"Malaysia dilihat telah mengambil langkah yang lebih baik daripada kebanyakan negara lain dan terus berhati-hati dalam segala perancangan. Pada masa sama, Malaysia juga perlu terus menjalinkan kerjasama dengan negara lain bagi menjaga perdagangan dan pelaburan berjalan disamping memerangi virus COVID-19.
"Tahun ini, tahun Malaysia menganjurkan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang turut terjejas, tetapi ini juga peluang buat Malaysia untuk menjadi contoh bagaimana untuk memerangi pandemik ini dan pada masa sama memastikan perdagangan dan pelaburan diteruskan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Ujarnya, dorongan dan bantuan kepada sektor perniagaan sedia ada sewajarnya diteruskan oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan ekonomi dapat kembali dipacu.
"Saya rasa yang harus mereka (kerajaan) lakukan dari sudut ekonomi adalah dengan terus memberi dorongan perniagaan normal baharu menerusi pendekatan digital.
"Risikonya ada, virus ini tidak akan hilang sehinggalah vaksinnya ditemui. Kerajaan Malaysia perlu memastikan keseimbangan antara tahap kesihatan dan ekonomi walaupun sukar. Persoalannya kini, dapatkah ekonomi dan kesihatan dapat dipertahankan," katanya.
Fareez Azman
Mon Jun 01 2020
Kata Nixon, dorongan dan bantuan kepada sektor perniagaan sedia ada sewajarnya diteruskan oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan ekonomi dapat kembali dipacu. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.