awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC

Bernama
Bernama
16/11/2024
05:00 MYT
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Dina Boluarte menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia. - Gambar/ Reuters
MEXICO CITY: Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
"Kita memerlukan lebih banyak kerjasama dan persefahaman, serta mengurangkan perpecahan.
"Sidang kemuncak kita hari ini dapat menyumbang kepada pengukuhan kerjasama pelbagai hala dalam konteks di mana pelbagai cabaran yang kita hadapi semakin meningkatkan tahap ketidaktentuan mengenai masa depan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Boluarte.
Sidang kemuncak ini menghimpunkan 21 ekonomi utama yang mewakili 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, dengan hari terakhirnya dijadualkan pada 16 Nov.
Di Amerika Selatan, sekutu dan pesaing sama-sama mengambil bahagian dengan matlamat yang sama untuk kemajuan dan pembangunan bersama.
Boluarte mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping.
"Untuk bergerak ke arah pertumbuhan yang kukuh, seimbang, selamat, mampan dan inklusif, adalah penting untuk memahami pertumbuhan sebagai satu proses yang bersepadu. Ciri-ciri pertumbuhan tidak boleh dianggap secara berasingan," katanya.
Ini merupakan kali ketiga Peru menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang kemuncak
#APEC
#Peru
#Dina Boluarte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan