KUALA LUMPUR : Lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis COVID-19 yang memberikan tamparan hebat terhadap tahap pendapatan rakyat Malaysia.
Lapor The Star pada Jumaat, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019 memaklumkan, sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.
Penurunan tahap pendapatan yang ketara ini menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketidaksamarataan dan kesan terhadap kedudukan sosioekonomi rakyat Malaysia.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej bantuan bernilai RM380 bilion sebagai rangsangan untuk menangani kesan COVID-19 terhadap perniagaan, pengangguran, tahap pendapatan dan golongan masyarakat rentan.
Pengarah Eksekutif EAC Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali mengatakan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia menurun kepada RM42,107 pada tahun 2020, berbanding RM45,973 pada tahun 2019 sebelum wabak COVID-19.
"Pandemik telah menyebabkan KDNK per kapita menyusut kira-kira 8.4 peratus. Sebelum ini kita pada kadar 10.5 peratus ambang pendapatan yang digariskan Bank Dunia, namun ketika ini kita ketinggalan 18 peratus," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya mengenai cadangan Sekretariat AEC terhadap penetapan semula Malaysia dalam persekitaran landskap ekonomi baharu pasca pandemik pada Khamis.
Terdahulu Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan lapan agenda penetapan semula atau 'reset' untuk penjajaran semula ekonomi negara pasca COVID-19.
Cadangan itu termasuk pelaksanaan ekonomi digital; menggalakkan penggunaan dan kemajuan teknologi; menetapkan kedudukan untuk perubahan landskap global serta menggalakkan perkongsian tanggungjawab, tadbir urus baik dan kelestarian.
Selanjutnya ialah penyediaan tenaga kerja masa depan; memantapkan penyampaian awam dan menggalakkan pasaran kompetitif; membantu komuniti rentan dan pemulihan serta penstrukturan semula korporat.
Astro Awani
Fri Jun 18 2021

Terdahulu Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan lapan agenda penetapan semula atau 'reset' untuk penjajaran semula ekonomi negara pasca COVID-19. - Gambar hiasan
Pemain warisan juga rakyat Malaysia, wajar disokong
Syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.
pelancongan Islam, seni dan industri halal jadi taruhan
Pengerusi MATA Datuk Khalid Harun menjangkakan 45 ribu pengunjung akan hadir ke penganjuran Witex dan Wcaf 2025 pada Ogos tidak lama lagi.
Azalina cadang pertimbang umur dinaikkan kepada 65 tahun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Ugut rakan sebar video bogel, 2 remaja ditahan polis
indakan dua remaja lelaki memeras ugut seorang kenalan mereka dengan menggunakan video bogel mangsa akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas polis di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lalu.
6 individu termasuk 2 Datuk direman, terima rasuah kontrak
Enam individu termasuk dua penjawat awam bergelar Datuk yang memegang jawatan sebagai pengarah serta seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan di ibu negara ditahan reman antara tiga hingga lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan dan penyelenggaraan sejak empat tahun lalu.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah pada Selasa akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

BNM potong nisbah SSR, PKS perlu hati-hati buat pinjaman - Penganalisis
Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengurangan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) membolehkan institusi perbankan memberi lebih banyak pinjaman.

Asas ekonomi Malaysia kukuh, KDNK suku pertama capai 4.4 peratus - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (S1 2025).

KDNK disemak semula dalam satu hingga dua bulan - Gabenor BNM
Unjuran baharu hanya akan dimuktamad selepas BNM lebih pasti mengenai dasar tarif AS serta hasil rundingan perdagangan antara Malaysia dan AS.

KDNK Malaysia catat pertumbuhan 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025, sedikit perlahan berbanding 4.9 peratus pada suku keempat 2024.

Gerakan koperasi ASEAN perlu diperkasa, beri sumbangan signifikan kepada KDNK - Ewon
Gerakan koperasi di negara-negara ASEAN memainkan peranan penting memperkasakan ekonomi serantau, selain menyumbang secara signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerajaan teliti kaedah terbaik perkenal dasar progresif urus sisa plastik - Nik Nazmi
Kerajaan meneliti kaedah terbaik bagi memperkenalkan dasar lebih progresif berkaitan pengurusan sisa plastik yang kini menjadi cabaran terbesar negara.

Ahli ekonomi turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 4.5 peratus, yakin daya tahan ekonomi
Mereka berkata, negara perlu tingkatkan aktiviti ekonomi dan teroka pasaran baharu susulan tindakan perdagangan AS yang dikatakan kurang adil.

Ekonomi Indonesia berkembang 4.87 peratus pada suku pertama
KDNK Indonesia mencecah 5,665.9 trilion rupiah pada harga semasa dan 3,264.5 trilion rupiah pada harga tetap 2010 pada suku pertama 2025.

Usahawan Sabah digesa manfaatkan hab PMKS, akses maklumat terkini keusahawanan - Ewon
Usahawan Sabah digesa memanfaatkan sepenuhnya Hab PMKS bagi mengakses maklumat terkini bidang keusahawanan untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan lagi perniagaan.

Delegasi Jepun kunjungi Malaysia minggu depan perkukuh kerjasama tenaga hijau
Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC).