KUALA LUMPUR: CGS-CIMB menjangkakan Mynews Holdings Bhd. akan mempercepatkan pembukaan lebih banyak kedai runcit jenama Korea Selatan, CU, sejajar dengan sasarannya untuk membuka 50 cawangan menjelang Disember ini.
Dalam tempoh 9 bulan tahun ini, Mynews hanya membuka empat sahaja cawangan CU disebabkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Penganalisisnya, Syazwan Aiman Sobri berkata, aktiviti pengembangan cawangan dijangka kembali rancak memandangkan keputusan kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan bagi menghidupkan semula ekonomi.
"Sebelum ini, Mynews turut menyasarkan untuk membuka lebih 15 cawangan CU pada Oktober sahaja di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Lembah Klang," katanya dalam nota kajian pada Khamis.
Kedai serbaneka nombor satu dan terbesar di Korea Selatan, CU membuka cawangan sulungnya di Malaysia di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya pada awal tahun ini.
CU oleh BGF Retail Co Ltd, adalah salah satu kedai serbaneka utama dan popular dengan kira-kira 15,000 cawangan.
Di Malaysia, CU dikendalikan oleh MyCU Retail Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Mynews, yang juga pemilik kedai serbaneka myNEWS, iaitu rangkaian nombor satu kedai serbaneka di negara ini.
Dalam tempoh 5 tahun, Mynews merancang untuk membuka lebih 500 rangkaian CU yang menawarkan pelbagai produk Korea Selatan, daripada makanan jalanan terkenal yang baru dimasak, produk kecantikan serta snek dan minuman terkenal.
Berdasarkan perkongsian daripada Mynews, Syazwan Aiman berkata, pembukaan 4 cawangan pada suku ketiga tahun ini melepasi jangkaan dengan mendapat sambutan baik daripada para pelanggan.
"Dalam hal ini, kami percaya pemulihan pendapatan Mynews bergantung kepada sejauh mana pembukaan cawangan CU dan margin bagi tempahan untuk makanan sedia dimasak (RTE).
"Sekiranya pembukaan cawangan ini bergerak lebih cepat, ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami pusat pemprosesan makanan (FPC) Mynews memandangkan CU menawarkan peruntukan RTE yang lebih tinggi myNEWS," jelasnya.
Pada masa sama, Mynews juga percaya operasi FPC mampu memberi pulangan modal menjelang akhir 2022 dengan kadar penggunaan pada 70& berbanding 30% ketuka ini, dengan menjangkakan ia mampu membuka 150 cawangan CU.
Kerugian yang dialami Mynews semakin melebar kepada RM14.2 juta pada suku ketiga berikutan pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Tetapi, kami yakin, dengan tempoh operasi lebih panjang, dan jumlah pengunjung akan merancakkan semula perniagaan cawangan Mynews bermula suku keempat ini," katanya.
Sehubungan itu, CGS-CIMB menyemak naik penarafan Mynews kepada 'tambah' berbanding 'pegang' sebelum ini dengan harga sasaran pada RM1.16.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 15 2021
CU adalah jenama kedai runcit Korea Selatan yang cukup popular dan dibawa masuk ke Malaysia oleh Mynews Holdings Bhd. -Dagang News
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
CU mampu 'selamatkan' Mynews daripada terus rugi
Dalam tempoh 9 bulan tahun ini, Mynews hanya membuka empat sahaja cawangan CU disebabkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP).