KUALA LUMPUR: Impak pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini dijangka mampu diuruskan oleh pihak bank berikutan ia adalah cukai secara 'one-off' atau sekali sahaja, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
"Walaupun Cukai Makmur akan mengurangkan perolehan tertahan bank untuk tahun depan, keuntungan keseluruhan mereka dijangka kekal didorong oleh peningkatan pertumbuhan pinjaman berikutan pemulihan negara daripada kesan pandemik yang berpanjangan.
"(Ia akan turut disokong oleh) tahap peruntukan yang berpotensi lebih rendah pada tahun depan dalam keadaan beberapa penambahbaikan terhadap unjuran risiko kredit," katanya pada sidang akhbar bersama antara BNM dan Jabatan Perangkaan mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bagi suku ketiga 2021 pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan sama ada cukai yang dicadangkan itu akan mengurangkan jumlah keuntungan bersih bank bagi tahun kewangan 2022 dan bagaimana mereka akan bersedia dengan cukai baharu ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2022 berkata cukai itu dicadang diperkenalkan kepada syarikat yang menjana pendapatan bercukai tinggi, dengan RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.
Ia dijangka melibatkan tidak lebih 250 syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Cukai Makmur akan mengurangkan perolehan tertahan bank untuk tahun depan, keuntungan keseluruhan mereka dijangka kekal didorong oleh peningkatan pertumbuhan pinjaman berikutan pemulihan negara daripada kesan pandemik yang berpanjangan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
AmInvestment unjur keuntungan TNB meningkat 16.2% pada FY23
Pada FY22, ia merosot 7.5% disebabkan Cukai Makmur dan perbelanjaan susut nilai yang lebih tinggi.
Untung bersih S1 CIMB Group susut kepada RM1.43 bilion
Hasil turut susut kepada RM4.74 bilion daripada RM5.91 bilion sebelumnya.
PRU awal mampu perjelas dasar ekonomi - Maybank IB
Pilihan Raya awal mampu memberikan kejelasan dasar lebih optimum terhadap permasalahan ekonomi terutama soal pengurusan fiskal kerajaan.
Untung suku tahunan Top Glove dijangka menurun
Top Glove dijadualkan mengeluarkan keputusan 1QFY22 pada Jumaat 10 Disember 2021.
Jualan gas dijangka pulih Q4, CGS-CIMB kekal saranan 'tambah' ke atas Gas Malaysia
Unjuran EPS bagi FY21 dan FY23 masing-masing dinaikkan sebanyak 9% dan 7% yang mencerminkan margin kasar yang tinggi daripada kecekapan operasi dan perniagaan yang tidak dikawal.
Cukai Makmur: Impaknya kepada bank mampu diurus, kata Gabenor
Impak pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini dijangka mampu diuruskan oleh pihak bank berikutan ia adalah cukai secara 'one-off' atau sekali sahaja.
Bajet 2022: 'Di mana keadilan untuk kaum selain Bumiputera?' - Muhammed Abdul Khalid
Bajet 2022 mewujudkan jurang besar dari segi peruntukan untuk golongan Bumiputera dan komuniti bukan Bumiputera.
Kerajaan anggar kutipan Cukai Makmur sekurang-kurangnya RM3 bilion
Kerajaan menganggarkan untuk memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3 bilion melalui pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.
Public Investment kekal sasaran penanda aras FBM KLCI pada 1,590
Cukai Makmur bertujuan meringankan beban kerajaan dalam membantu rakyat dan memastikan sistem kesihatan negara lebih berdaya tahan.