Perdagangan dua hala Malaysia-China dijangka mencatat paras tertinggi tahun ini berdasarkan prestasi sembilan bulan pertama 2019 yang mencecah AS$89.75 bilion (AS$1=RM4.17) iaitu meningkat 11.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2018.
Duta Khas Malaysia ke China Tan Kok Wai berkata angka itu mencecah paras rekod sebanyak AS$108.6 bilion pada tahun lepas dan 683 kali lebih tinggi berbanding AS$159 juta pada 1974 - detik kedua-dua negara memulakan hubungan diplomatik secara rasmi.
"Jumlah dagangan Malaysia-China adalah sekitar satu perlima daripada jumlah dagangan antara China-Amerika Syarikat dan satu pertiga daripada angka membabitkan China-Jepun," katanya kepada kepada pemberita selepas majlis perasmian Ekspo Perdagangan Jajaran dan Jalan Shaanxi China-Malaysia kali kedua di sini, hari ini.
Selain itu, jumlah dagangan Malaysia-China turut meliputi satu perlima daripada angka dicatatkan oleh dagangan China-ASEAN.
Terdahulu dalam ucapannya, Tan berkata perhubungan antara Malaysia dan China sentiasa mengorak langkah ke hadapan dan di landasan tepat untuk menjadi lebih akrab, baik serta kukuh.
"Tahun depan merupakan Tahun Pelancongan Malaysia-China 2020. Rakyat Malaysia sering melancong ke China dan kita juga sentiasa mengalu-alukan kehadiran lebih ramai rakyat China melawat Malaysia," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 2.94 juta warga China melancong ke Malaysia iaitu meningkat 29 peratus daripada 2.28 juta pada tahun sebelumnya.
"Bagi tahun ini, tiada masalah untuk melepasi angka sebanyak 3.0 juta pelancong China memandangkan sepanjang tempoh enam bulan pertama (2019), kita telah menerima kehadiran 1,558,782 pelancong China iaitu peningkatan 6.4 peratus berbanding 1,464,911 dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.
Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata nilai perdagangan dua hala Malaysia-China bagi tempoh Januari-Oktober 2019 telah melebihi AS$100 bilion.
Ketika berucap, beliau berkata China juga terbukti telah menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.
Ekspo Perdagangan Jajaran dan Jalan Shaanxi China-Malaysia itu dikendalikan bersama Ekspo Label Swasta (MaPLE 2019) yang bermula hari ini sehingga 27 November.
Sebanyak 320 pempamer dari Malaysia, China, kawasan wilayah Oceania, Thailand dan Africa menyertai acara MaPLE 2019, termasuk 73 pempamer dari wilayah Fujian China.
Ekspo perdagangan Jajaran dan Jalan itu pula disertai oleh 92 pempamer iaitu 75 mewakili wilayah Shaanxi manakala Malaysia diwakili oleh 17 pempamer.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019

Angka itu mencecah paras rekod sebanyak AS$108.6 bilion pada tahun lepas dan 683 kali lebih tinggi berbanding AS$159 juta pada 1974.

'Beri ruang, peluang' - PIBGN jawab dakwaan guru tidak cukup bersedia kendali PdPR
Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

COVID-19: Tiga lagi sekolah rendah di Terengganu diarah tutup
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Dua dan SK Bukit Apit.

COVID-19: Dua warga Malaysia antara 44 kes import di Singapura
Berdasarkan data penuh kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi, kedua-dua pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia.

Buang ubat: Kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar
Kaedah pelupusan ubat-ubatan secara tidak tepat boleh mengancam hidupan akuatik.

Niaga AWANI: Kejayaan adalah henti kemampuan bunuh virus - WHO
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

Niaga AWANI: ILO | 225 juta pekerjaan hilang pada 2020
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

Niaga AWANI: KKM jangka PKP hanya empat minggu
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

KPM disaran guna kaedah PdP bersemuka secara bergilir untuk bantu murid kurang mampu
Generasi yang tersisih tersebut perlu dipandang serius oleh KPM supaya tidak berlaku keciciran.

AWANI Pagi: Liku-liku Iman Troye jadi penyanyi era pandemik
Tampil menerusi single hit berjudul Teman, ternyata percaturan awal beliau dilihat membuahkan hasil. Hakim Rahman dan Geegee Ahmad hari ini bersama penyanyi Iman Troye, berkongsi tentang liku-liku mencipta nama sebagai penyanyi baharu ketika era pandemik ini.

Usah politikkan Proklamasi Darurat - Ismail Sabri
Proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus.

Pampasan penamatan HSR: Singapura telah belanja S$270 juta
Pampasan penamatan kepada Singapura untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura akan merangkumi pelbagai kos menarik diri, tetapi bukan kos pembelian tanah berikutan nila

Jumlah pampasan bagi pembatalan projek HSR tidak boleh didedahkan - Mustapa
Ahli Parlimen Jeli itu berkata pampasan tersebut bukan bersifat punitif, tetapi untuk membayar semula kos tertentu projek yang telah dibelanjakan Singapura.

Perjanjian Dua Hala yang ditandatangani 2016 tidak lagi berdaya maju - Mustapa
Mustapa berkata, ia sekali gus telah memberi kesan teruk kepada ekonomi serta menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Perubahan politik tidak jejas dagangan Malaysia, miliki dasar konsisten - MITI
Lazimnya perubahan politik boleh memberi kesan ketara terhadap dasar perdagangan dan ekonomi selain turut mempengaruhi senario perniagaan.

Malaysia dan Arab Saudi tubuh Jawatankuasa Strategik pasca pandemik COVID-19
Jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Luar Negeri kedua-dua negara itu bakal membincangkan kerjasama dua hala berasaskan ekonomi dan keselamatan.

Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.

Hishammuddin bidas Locsin berhubung 'tweet' kontroversi
Hishammuddin menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

RGL, PCA dijangka mampu kurangkan kesulitan rakyat Malaysia bekerja di Singapura
Kedua-dua kerajaan pada Selasa telah bersetuju melaksanakan dua skim perjalanan iaitu RGL dan PCA, yang akan berkuat kuasa pada 10 Ogos 2020.

Malaysia, Thailand tamatkan operasi 24 jam kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, CIQ Sadao
Bermula Rabu, waktu pengoperasian di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi laluan kenderaan berat kembali ke waktu operasi asal iaitu dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Duta China guna peribahasa Melayu dalam ucapan sempena ulang tahun hubungan Malaysia-China
Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian menggunakan pepatah Melayu "Bukit Sama Didaki, Lurah sama Dituruni' dalam ucapan beliau untuk memperingati Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.