awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI mulai hari ini - KPM

Bernama
Bernama
01/07/2025
09:47 MYT
Pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI mulai hari ini - KPM
Baucar ini bertujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai hadiah ilmu kepada golongan pendidik. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh menebus Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 mulai hari ini hingga 30 Sept ini.

Ringkasan AI
  • Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh menebus Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 melalui laman DELIMa mulai 1 Julai hingga 30 September 2025.
  • Inisiatif ini diumumkan oleh Perdana Menteri semasa penutupan PBAKL 2025 dan memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di bawah KPM.
  • Baucar ini bertujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai hadiah ilmu kepada golongan pendidik.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan 'Tebus Baucar Buku Guru MADANI 2025' bagi tujuan penebusan.
Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI yang memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di bawah KPM telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 pada 1 Jun lepas.
"Ia merupakan hadiah ilmu untuk golongan pendidik yang bertujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baucar Buku Guru MADANI
#KPM
#guru
#laman DELIMa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan