awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dagangan Malaysia-Turkiye meningkat 74.5 peratus pada tahun lepas - PM Ismail Sabri

Bernama
Bernama
04/08/2022
13:02 MYT
Dagangan Malaysia-Turkiye meningkat 74.5 peratus pada tahun lepas - PM Ismail Sabri
Peningkatan hubungan ekonomi itu adalah hasil daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang telah dimeterai pada 1 Ogos 2015.
KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia-Turkiye meningkat sebanyak 74.2 peratus kepada RM16.97 bilion pada tahun lepas daripada RM9.74 bilion pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, peningkatan hubungan ekonomi itu adalah hasil daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang telah dimeterai pada 1 Ogos 2015.
"Malaysia dan Turkiye kini di peringkat akhir rundingan peluasan skop MTFTA yang merangkumi bidang lain seperti pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang bagi meningkatkan potensi pengembangan ekonomi kedua-dua negara
"Hubungan dua hala Malaysia-Turkiye juga telah terjalin sejak 1957 dan dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP)," katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.
Ismail Sabri berkata beliau turut menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu pagi tadi yang kini dalam lawatan rasmi ke negara ini.
Mengulas mengenai jaminan keselamatan makanan, Perdana Menteri berkata Malaysia-Turkiye juga bersetuju untuk bekerjasama secara aktif bagi membolehkan kedua-dua negara membangunkan pelbagai sumber dan rantaian bekalan makanan yang mampan demi manfaat bersama.
Selain itu, beliau berkata Malaysia turut menghargai pendirian tegas serta pendekatan telus Turkiye berhubung krisis Rusia-Ukraine bagi mencari titik penyelesaian pada kadar segera.
Terdahulu, pada sidang media di Parlimen hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye telah dinaik taraf kepada CSP, bermula dengan lawatan Perdana Menteri ke Ankara baru-baru ini.
Saifuddin berkata kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengadakan lebih banyak perbincangan secara formal dan tidak formal di peringkat menteri luar masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdagangan
#Malaysia
#Turkiye
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan