Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 April 2026.

1. Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung

Advertisement

Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang wanita diserang ketika sedang membuat siaran langsung menerusi media sosial di dalam keretanya di Bandar Laguna Merbok dekat Sungai Petani petang Sabtu.

2. IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi

Kenyataan bahawa institusi pendidikan tinggi di negara ini dilabel sebagai “lubuk rasuah” seperti yang dilaporkan baru-baru ini wajar diteliti secara objektif dan berasaskan fakta, bukan persepsi umum atau kes terpencil.

3. Kos rawatan buah pinggang melonjak ke RM3.3 bilion setahun - Dr Dzulkefly

Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.

4. Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir

Kerajaan sedang meneliti secara komprehensif cadangan untuk memperluaskan pelaksanaan subsidi diesel bagi memastikan lebih banyak golongan terkesan, termasuk petani mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

5. KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular

Ketiadaan sistem pengesan isipadu automatik atau ciri automatic cut‑off pada sesetengah stesen minyak dikenal pasti sebagai punca meter pam terus merekodkan bayaran meskipun bekalan diesel telah habis dan tiada lagi bahan api dikeluarkan daripada nozel.

6. Manipulasi korporat: Polis akan ekstradisi individu terlibat bantu siasatan - Saifuddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan semua instrumen perundangan termasuk mengekstradisi mana-mana individu bagi membantu siasatan dakwaan kegiatan manipulasi korporat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

7. Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah

Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.

8. Malaysia iktiraf Global Sumud Flotilla sebagai misi nasional

Malaysia menjadi negara pertama yang memberikan pengiktirafan rasmi kepada Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 sebagai misi nasional, sekali gus mencerminkan komitmen tegas negara dalam usaha menghentikan genosid di Gaza.

9. Piala Thomas: Zii Jia mampu suntik semangat skuad negara di Horsens - Rashid

Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek yakin pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia mampu menyuntik moral barisan pemain badminton Malaysia pada Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark yang dijadualkan berlangsung 24 April hingga 3 Mei ini.

10. Orang ramai disaran guna perkhidmatan digital JPJ, jimat kos perjalanan

Orang ramai dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melaksanakan urusan tanpa perlu hadir ke kaunter, susulan peningkatan harga minyak ketika ini.

Must Watch Video