[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
BISNES

Dakwaan WSJ tiada asas dan tidak terbukti - 1MDB

Bernama 19/02/2016 | 08:11 MYT
1MDB: Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata. - Gambar fail
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut kenyataan 1MDB di sini hari ini, berbeza dengan dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang tidak berasas dan tidak terbukti, 1MDB secara konsisten kekal bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi perdana menteri.
"Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa dana tersebut adalah dari Arab Saudi.
"Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata," menurut 1MDB.
BACA: Bakke tidak pernah sebut dana 1MDB dipindah ke akaun PM - Hasan
BACA: PAC-1MDB: Mohd Bakke, Shahrol Azral beri keterangan
BACA: Mohd Bakke nafi pernah sebut RM2.6 bilion adalah daripada 1MDB
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Arul Kanda #Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara #PAC #Parlimen #Wall Street Journal #WSJ