awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana di bawah MyCIF berjumlah RM300 juta susulan tambahan dana RM40 juta - SC

Bernama
Bernama
24/02/2023
23:30 MYT
Dana di bawah MyCIF berjumlah RM300 juta susulan tambahan dana RM40 juta - SC
SC dalam kenyataan pada Jumaat berkata susulan penambahan dana itu, ketersediaan dana terkumpul di bawah MyCIF berjumlah RM300 juta.
KUALA LUMPUR: Penambahan sebanyak RM40 juta di bawah Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) akan meningkatkan lagi mudah tunai pasaran pendanaan ramai ekuiti (ECF) dan rakan setara (P2P) bagi memenuhi keperluan pembiayaan segmen penting ekonomi ini dengan lebih baik.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam kenyataan pada Jumaat berkata susulan penambahan dana itu, ketersediaan dana terkumpul di bawah MyCIF berjumlah RM300 juta.
MYCIF telah berjaya mendapatkan keperluan pembiayaan untuk syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"SC menyambut baik langkah dan insentif ini yang akan membolehkan pasaran modal dan ekosistem sokongannya untuk memenuhi keperluan ekonomi dan perniagaan domestik," kata Pengerusinya Datuk Seri Awang Adek Hussin.
Membenarkan penerbitan struktur saham dwikelas akan turut membantu syarikat-syarikat berpertumbuhan tinggi dan inovatif di pasaran modal Malaysia, membolehkan pelabur mengakses lebih banyak peluang pelaburan yang pelbagai.
Malah, insentif cukai ke atas perbelanjaan penyenaraian di pasaran ACE dan LEAP serta syarikat berasaskan teknologi di Pasaran Utama Bursa Malaysia akan membantu meningkatkan minat dagangan di pasaran dengan membenarkan pelabur memanfaatkan potensi pertumbuhan syarikat-syarikat ini.
"SC turut menyambut baik pengurangan cukai ke atas kos menerbitkan sukuk berkaitan pelaburan bertanggungjawab mampan (SRI).
"Ini memaparkan peranan pasaran modal untuk membolehkan peralihan negara menuju ekonomi lebih hijau dan mampan dengan memobilisasikan modal ke arah inisiatif yang menawarkan lebih banyak impak positif kepada masyarakat," katanya.
SC akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan pihak berkepentingan berkaitan untuk menguruskannya. Butiran selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat, kata SC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Kementerian Kewangan
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#MYCIF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan