Skip to main content

Malaysia

Isu sembelih ayam di Puchong: KPDN, Jakim masih jalankan siasatan - Armizan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika sidang media pelancaran Soda Prebiotik Teh Kraf Berkarbonat Tealive hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika sidang media pelancaran Soda Prebiotik Teh Kraf Berkarbonat Tealive hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • KPDN dan Jakim sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu status halal penyembelihan ayam di Puchong, Selangor.
  • Lebih 6.5 tan ayam mentah bernilai RM85,400 dirampas kerana disyaki diproses dan diedar tanpa sijil halal sah.
  • Pemeriksaan awal mendapati premis menggunakan kaedah rendaman elektrik voltan tinggi, menimbulkan keraguan terhadap status halal ayam tersebut.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), masih menjalankan siasatan terperinci berhubung isu aktiviti penyembelihan ayam yang diragui status halalnya di Puchong, Selangor.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN bertanggungjawab terhadap aspek penandaan halal pada peringkat peruncitan, termasuk memastikan penggunaan perihal dagangan halal pada produk yang dipasarkan adalah sah dan tidak mengelirukan pengguna.

“Apabila produk-produk itu dipasarkan pada peringkat runcit, bila mana mereka membuat penandaan halal itu, kita akan membuat verifikasi sama ada penandaan halal itu bersandarkan kepada sumber yang betul-betul halal.

Advertisement

“Jadi kalau ada perihal dagangan yang palsu, kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan produk terbaharu Tealive Sparkling Prebiotic Tea Soda di Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata Jakim akan mengumumkan perkembangan siasatan berkenaan dari semasa ke semasa.

Advertisement

Pada 30 Okt lepas, media melaporkan lebih 6.5 tan ayam mentah dianggarkan bernilai RM85,400 dirampas dalam satu serbuan di sebuah gudang di Puchong, yang disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam tanpa sijil halal yang sah.

Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan dipercayai menggunakan kaedah rendaman air berarus elektrik dengan kadar voltan terlalu tinggi, sehingga menyebabkan ayam mati sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status halal produk itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement