Yayasan KRU hari ini melancarkan program “Contentpreneur 2020” sebagai usaha menyediakan peluang perniagaan berkaitan industri kreatif.
Menurut Presiden Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Norman Abdul Halim, program berkonsepkan pertandingan itu bakal menyediakan pembiayaan modal permulaan sebanyak RM50,000 kepada pemenang bagi penciptaan harta intelek.
Kata anggota kumpulan KRU itu, peserta yang terpilih kemudian akan melalui proses “mentorship” oleh pakar profesional dan pelabur industri selama empat bulan.
“Pertama sekali kami bukan mencari artis, kami mencari usahawan baru dan apa kami buat adalah menyediakan platform kepada syarikat-syarikat baru ini untuk membuat “pitching” kepada pelabur untuk tiga kategori.
“Kategori tersebut adalah filem, kandungan bersiri dan muzik.
“Apa yang kami cuba cari meliputi pelbagai kreativiti termasuklah animasi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran “Contentpreneur 2020” sempena Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, di sini, hari ini.
Turut hadir merasmikan program tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Mengulas lanjut Norman berkata, pihaknya sudah menjalin kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi dan menandatangani lebih 10 memorandum persefahaman (MoU).
“Kita juga ada beberapa pihak dalam sektor Korporat yang berhasrat untuk menyediakan dana dan kita mengharapkan para pelabur individu daripada agensi kerajaan,” katanya.
Ujar Norman lagi, pihaknya yakin program tersebut bakal membuka peluang pekerjaan kepada para pelatih program “Up-Skilling” dan “Re-Skilling” di bawah tajaan Yayasan KRU.
Bagi yang berminat, tarikh penyertaan dibuka pada 30 Ogos sehingga 31 Oktober 2019.
Sesi “pitching” pertama akan diadakan pada bulan November 2019, manakala sesi “pitching” kedua pada bulan Mei 2020.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang yayasankru.org.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 30 2019
Kata anggota kumpulan KRU itu, peserta yang terpilih kemudian akan melalui proses 'mentorship' oleh pakar profesional dan pelabur industri selama empat bulan. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dana RM50,000 menanti usahawan kreatif, jom sertai "Contentpreneur 2020"!
Kata anggota Kumpulan KRU itu, peserta yang terpilih kemudian akan melalui proses 'mentorship' oleh pakar profesional dan pelabur industri selama empat bulan.