KUALA LUMPUR: Kestabilan politik adalah komponen penting bagi memastikan dasar yang telah dirangka Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan secara konsisten seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan kestabilan politik akan membantu jentera kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang telah dirancang.
Mengambil contoh dasar Ekonomi MADANI, beliau berkata dasar yang bakal mencorak hala tuju ekonomi negara bagi tempoh jangka sederhana dan panjang itu memerlukan masa untuk dilaksanakan.
"Kestabilan ini penting terutamanya isu berkaitan sumbangan gaji dan upah dalam ekonomi negara yang kini sumbangannya adalah 32 peratus pada tahun 2022 dan dijangka akan dinaikkan kepada 40 peratus (tahun ini), pembangunan semasa, penyertaan wanita dalam sektor ekonomi serta kedudukan defisit fiskal yang rendah.
"Sasaran-sasaran ini bukan mudah untuk dicapai dan ia memerlukan masa untuk dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata sekiranya kestabilan politik dapat dikekalkan, ia mampu memudahkan pelabur dan peniaga untuk membuat keputusan terutama sekali dalam melaksanakan penilaian wajar.
Dalam laporan berita semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi lebih masa untuk meningkatkan ekonomi negara.
Sementara itu, penganalisis ekonomi daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Rusmawati Said berkata ekonomi bukannya sesuatu yang boleh diubah dengan cepat memandangkan perubahannya perlu melibatkan keseluruhan ekosistem.
Beliau berkata sebagai contoh untuk menaikkan kadar upah pekerja, ekosistem ekonominya saling berkaitan antara keupayaan kemahiran tenaga kerja dan bahagian sumber manusia
"Ia biasanya bukan hanya melibatkan satu sektor sahaja sebaliknya melibatkan banyak sektor. Dalam ekonomi secara prinsipnya bukan boleh diubah satu sektor dan sektor lain tak diubah. Bukan begitu.
Pandangan saya memang dia (Perdana Menteri) kena ubah banyak sektor dan melibatkan perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Cuma ia bergantung kepada sama ada kerajaan proaktif dalam menentukan perancangan itu dijalankan secara teratur," katanya.
Menurut Rusmawati, mentadbir sebuah negara tidak boleh dilihat sama seperti mentadbir sebuah syarikat memandangkan pentadbiran negara lebih luas perspektifnya.
"Mentadbir negara melibatkan pelbagai sektor dan dalam satu ekosistem, kalau mahu baiki ekonomi negara itu, kena baiki keseluruhan ekosistem. Betul akan ambil masa sikit untuk mengubah ekosistem, tetapi perancangan harus betul," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Mohd Afzanizam berpandangan kestabilan politik akan membantu jentera kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang telah dirancang. - Foto fail/Sinar Harian
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.