Demak, antara jenama motosikal yang berkembang pesat di Malaysia, berminat untuk meluaskan pasarannya ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika pada tahun-tahun akan datang, kata Pengerusi DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Datin Sri Feona Wan Junaidi.
Beliau berkata Demak akan menggunakan kilang pembuatannya yang baharu bernilai RM43 juta di Olak Lempit dekat sini sebagai hab pengedaran untuk perluasan pasaran dalam ekonomi pesat membangun di Asia Tenggara.
"Demak menyasarkan pasaran membangun di Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika melalui operasinya di Colombo, Sri Lanka.
"Malaysia dan Sri Lanka akan bertindak sebagai dua hab pengedaran serantau yang penting bagi pengembangan pasaran kami dalam pasaran pesat membangun," katanya dalam ucapan pada perasmian kilang pembuatan dan bangunan korporat baharu Demak Malaysia di sini pada Selasa.
Acara itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Kilang Demak di tapak seluas 3.15 hektar dengan keluasan kawasan 260,000 kaki persegi, menempatkan dua barisan pengeluaran, gudang, latihan dan penyelidikan serta kemudahan pembangunan.
Kilang bersepadu sepenuhnya itu turut mempunyai kemudahan pembuatan bagi casis motosikal, alat berasaskan logam serta komponen plastik dan alat ganti.
Jualan pertama jenama motosikal Demak di Sarawak adalah pada 2003 selepas syarikat induknya, DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, memperoleh lesen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memasang dan mengeluarkan motosikal pada Disember 2002.
Feona berkata walaupun sentimen pengguna kurang menggalakkan, Demak mendapat peningkatan dari segi jualan pada separuh pertama tahun in, membolehkan syarikat mengekalkan bahagian pasaran lebih 10 peratus di Malaysia.
Tingkatkan kandungan tempatan
Sementara itu, Mustapa pada sidang media kemudiannya menggesa pengeluar motosikal tempatan meningkatkan kandungan tempatan dalam pengeluaran mereka dan meluaskan pasaran mereka ke peringkat global untuk terus kompetitif.
Bagaimanapun, katanya dengan menambah kandungan tempatan, pengeluar perlu memastikan harga motosikal tersebut tidak meningkat.
"Demak menggunakan 40-45 peratus kandungan tempatan dalam pengeluarannya dan terdapat syarikat yang mempunyai 90-95 peratus kandungan tempatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata tiada sekatan yang dikenakan keatas pengeluar kereta tempatan untuk menghasilkan kereta Sedan dengan kapasiti enjin yang lebih besar kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas.
Katanya mana-mana pengeluar kereta tempatan boleh mengeluarkan kereta yang memenuhi jangkaan pengguna.
"Kita mempunyai pasaran yang bebas di negara ini. Sesiapa boleh menawarkan produk yang lebih baik dan harga yang lebih menarik. Akhirnya, ia mengenai pilihan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada sedan pertama Perodua, Bezza, yang diperkenalkan pada bulan ini akan memberi kesan kepada jualan kereta sedan Proton Holdings Bhd.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa sedan Perodua akan memberi kesan kepada penjualan kereta sedan Proton dan antara model yang dikatakan akan terjejas ialah Saga, Iriz dan Persona.
Mustapa berkata kerajaan tidak campur tangan berhubung langkah Proton untuk mengenal pasti secara rasmi rakan kongsi strategik asing bagi kerjasama yang lebih luas dalam masa terdekat.
Katanya kerajaan telah meluluskan permohonan Proton bagi pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion, tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pengeluar kereta nasional itu.
"Antara syarat untuk mereka (Proton) adalah mendapatkan rakan kongsi strategik asing dan ia terpulang kepada mereka, bukan pilihan kami. Mereka (Proton) perlu memilih rakan kongsi yang sesuai," katanya.
Bernama
Wed Jul 27 2016
Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) bersama Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencuba motosikal keluaran Demak model EEV-iRider. - Foto Bernama
Majikan hantar pekerja kursus kekeluargaan, boleh tuntut pembiayaan di HRD Corp
Majikan yang menghantar pekerja menghadiri kursus pembangunan kekeluargaan dan kemahiran keibubapaan boleh menggunakan caruman levi majikan bagi menuntut pembiayaan daripada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).
Perigi terapi ion tular: Dakwaan berkaitan aspek kesihatan perlu disokong bukti - KKM
KKM masih menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan perigi terapi ion di Ulu Sepri, Negeri Sembilan yang dikatakan dapat menyembuhkan beberapa penyakit.
Perpaduan semakin terancam apabila agama, kaum jadi alat raih laba politik - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan perpaduan negara semakin terancam apabila agama dan kaum terus dijadikan alat untuk meraih laba politik.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Tular: Tapak pembinaaan kondominium J Satine diarah henti kerja - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengarahkan pihak perunding sebuah tapak pembinaan kondominium di Wangsa Maju menghentikan segala kerja pembinaan.
AWANI Ringkas: Bendung segera isu ancam perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beraksi di pentas GV11, Ronnie Hussein sebak impian arwah ibu tidak kesampaian
Masih berduka dengan pemergian ibu tercinta pada 26 Oktober lalu, Ronnie memaklumkan dia sempat memberitahu ibunya mengenai keputusannya untuk bertanding di pentas GV11.
Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.
Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.
Perobohan Stadium Shah Alam dijangka selesai Mei tahun hadapan
Proses berkenaan berada pada tahap yang baik dengan kadar kemajuan 80 peratus melibatkan kerja-kerja perobohan keseluruhan struktur stadium yang bermula pada awal Julai lepas.
Demak berminat luaskan pasaran ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika
Demak akan menggunakan kilang pembuatannya yang baharu bernilai RM43 juta di Olak Lempit dekat sini sebagai hab pengedaran untuk perluasan pasaran.