Skip to main content

Bisnes

Unifi Business mahu angkat produk batik Terengganu ke pentas dunia

[TB]_Unifi Business batik terengganu Jiwa SME_ASTRO AWANI
(Dari kanan) Pengacara rasmi Jelajah Jiwa SME 2026, Nabilah Khaleeda; Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran; dan Pengurus Pemasaran Kuntum Legacy, Norsyuhada Salim ketika di Jelajah Jiwa SME 2026 di Kuala Terengganu. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KUALA TERENGGANU: Keunikan motif, seni pembuatan dan nilai warisan batik Terengganu bukan sahaja menjadikan kraf tangan itu bernilai tinggi, malah mempunyai potensi untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran berkata potensi tersebut boleh direalisasikan melalui pemasaran dan solusi perniagaan digital.

"Potensi produk-produk kreatif dari Terengganu lebih kurang 15 juta pengunjung yang datang ke Terengganu tahun lepas. Separuh tahun ini sahaja, 6 juta pengunjung yang datang.  

"Terengganu ada banyak produk-produk kraf tangan yang menarik. Lebih penting, bagaimana untuk kita bawa produk Terengganu dikenali satu dunia. Kita hendak bantu usahawan-usahawan capai matlamat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Jelajah Jiwa SME 2026 di Kuala Terengganu.

Unifi Business menyediakan ekosistem penyelesaian yang merangkumi kesalinghubungan, perkhidmatan awan, keselamatan siber dan penyelesaian digital untuk menyokong perjalanan transformasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).  

Selain Jelajah JIWA SME, usahawan boleh mendapatkan panduan dan sokongan menerusi Unifi Business Club, Unifi Store serta platform Impak Biz.

Sementara itu, Jelajah Jiwa SME 2026 di Terengganu turut menampilkan seorang usahawan batik yang telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pengurus Pemasaran Kuntum Legacy, Norsyuhada Salim berkata kepelbagaian pilihan bentuk dan fungsi produk batik yang dihasilkan yang disesuaikan dengan kehendak pengguna, menyumbang kepada kejayaan tersebut.

"Saya harap lebih ramai anak muda celik berkenaan batik. Orang pandang batik ini sebagai kain basahan. Kami inovasikan batik sebagai produk kreatif," katanya.

Unifi Business merupakan penaja utama Jelajah Jiwa SME 2026 yang akan menjelajah ke lima negeri; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu, Selangor dan Kedah.

Must Watch Video

Advertisement