KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menyifatkan kempen Cashless Boleh mampu memupuk kesedaran dan menggalakkan tabiat e-pembayaran atau tanpa tunai dalam kalangan masyarakat dan menjadi kaedah pembayaran utama dalam negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, kempen tersebut akan membantu migrasi agensi kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah mencapai kutipan pembayaran 100 peratus tanpa tunai.
“Inisiatif ini adalah selaras dengan aspirasi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau MyDigital yang menggariskan pelbagai strategi untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital yang berdaya saing termasuklah transformasi kepada cashless society.
“Dengan kadar penembusan internet setiap isi rumah yang kini melebihi 90 peratus dan dijangka terus meningkat dengan pelaksanaan inisiatif MyJendela, usaha-usaha mendigitaliasi perkhidmatan kerajaan serta pelaksanaan pembayaran secara dalam talian seharusnya seiring dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta.
“Agensi-agensi kerajaan perlu terus inovatif dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan teknologi yang terkini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, Mohd Shahar menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Cashless Boleh dan Sijil Pengiktirafan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi pencapaian 100 peratus e-Pembayaran tahun 2021 di Dewan Auditorium Kementerian Kewangan, pada Khamis.
Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan, Anis Rizana Mohd Zainudin; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud; Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat Kementerian Kewangan, Mohd Sakeri Abdul Kadir dan Pengarah Stakeholders Engagements Paynet, Firdaus Ghani.
Kempen itu melibatkan 14 agensi kerajaan dan menawarkan pelbagai hadiah kepada para pembayar yang membuat pembayaran menggunakan mana-mana kaedah pembayaran tanpa tunai melalui kad ATM MyDebit, FPX, JomPAY atau DirectDebit di agensi-agensi mengambil bahagian, yang berlangsung dari 1 November 2020 hingga 30 Jun 2021.
Astro Awani
Fri Nov 26 2021
Penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen -Cashless Boleh- dan Sijil Pengiktirafan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi pencapaian 100 peratus e-Pembayaran tahun 2021 di Dewan Auditorium Kementerian Kewangan, pada Khamis. - Foto MOF
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
Secara keseluruhannya pada tahap 81.3 peratus, peningkatan lebih 22 peratus dari 58.8 peratus sejak 2021.
Didik masyarakat lakukan e-pembayaran melalui Cashless Boleh
Cashless Boleh mampu memupuk kesedaran dan menggalakkan tabiat e-penbayaran atau tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.