DIIZ Industries Sdn Bhd merancang untuk mengeksport produk penggalak nanoteknologi organik bagi industri pertanian dan akuakultur, Spinox8 ke negara-negara Asia dan Timur Tengah dalam setahun atau dua tahun ini.
Pengarah Urusan Izham Hakimi Hamdi berkata syarikat tersebut sedang berunding dan mencari rakan kongsi di Indonesia, Jordan, Kemboja, Laos dan India bagi pengeksportan Spinox8.
"Kami akan berkembang secara berperingkat-peringkat. Kami juga sedang dalam proses mendaftarkan produk ini di Kesatuan Eropah melalui rakan-rakan kami di sana," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian pengedaran dengan tiga syarikat dari Timur Tengah di sini pada Rabu.
Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Izham berkata, perjanjian pengedaran tersebut adalah bernilai RM300 juta untuk tempoh lima tahun dan produk itu dijangka memasuki Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.
"Kami telah melantik pengedar khas bagi memasarkan produk itu di Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
"Kami tidak sabar-sabar untuk melihat Spinox8 menembusi Timur Tengah, sehingga ia mampu menjadi pemangkin untuk dikembangkan ke dalam pasaran benua Arab dan Afrika," katanya.
Izham berkata, Penggalak Nanateknologi Organik Spinox8 telah dicipta menggunakan bahan kimia berasaskan organik dan proses-proses yang akan meningkat fotosintesis, serta mampu merangsang pertumbuhan tanaman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Mustapa (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian antara Izham (kiri) dan Pengarah Urusan The Synergy International LLC Arab Saudi, Turki Salem (dua, kanan) pada satu majlis di MITEC, Kuala Lumpur, 10 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
MAHA 2024: Dari akuakultur ke megafauna, Laman Agrofood Perikanan janjikan tarikan hebat buat anda
Laman Agrofood Perikanan, yang merupakan sebahagian daripada Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, menjadi antara tarikan utama buat pengunjung.
Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Cuaca panas: Sektor perikanan akuakultur alami kerugian bernilai RM438,500
Sektor perikanan akuakultur di seluruh negara telah mengalami kerugian bernilai RM438,500 setakat ini berikutan fenomena El Nino.
Eksport makanan akuakultur, nangka ke China dijangka cecah RM42 juta dan RM10 juta
Nilai eksport makanan akuakultur dan nangka ke China masing-masing dijangka mencecah RM42 juta dan RM10 juta setahun.
Kebun Kerang Melaka sasar pendaratan 1,600 tan metrik setahun
Ternakan kerang itu akan melibatkan 16 lot dengan keluasan 330 hektar di kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA), membabitkan sasaran 330 peserta.
'Raja Sungai' jana pendapatan lumayan
Zulfadly Harun adalah antara tiga anak muda di Negeri Sembilan yang berjaya melakukan pembenihan dan penetasan anak ikan kelah.
Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah bantu penternak ayam, ikan
Kajian menunjukkan BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran.
Kerajaan sasar pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 958,000 tan metrik menjelang 2030
Kerajaan mensasarkan pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 958,000 tan metrik menjelang tahun 2030.