Kerjasama YADIM dan 27 IPT perkukuh agenda dakwah negara - Zulkifli

Zulkifli berkata hubungan kerjasama dan gerak kerja antara YADIM dan pihak universiti sudah lama terjalin termasuk menerusi penglibatan rakan siswa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan 27 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ialah inisiatif terbesar pernah dilaksanakan bagi memperkasakan agenda dakwah negara.
Ringkasan AI
- Kerjasama antara YADIM dan 27 IPTA serta IPTS adalah inisiatif terbesar untuk memperkasakan agenda dakwah negara.
- MoU yang ditandatangani melibatkan penyediaan modul, penerbitan, penulisan, dan kepakaran akademik untuk menyokong gerak kerja dakwah yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.
- Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan kepakaran universiti bagi melaksanakan agenda dakwah berasaskan ilmu dan selaras dengan keperluan semasa, serta memperkukuh nilai akhlak, ilmu, dan kesejahteraan masyarakat.
"Kerjasama ini penting kerana kita mahu memanfaatkan kepakaran yang ada di universiti untuk bersama-sama mengorak langkah lebih baik agar agenda dakwah dapat dilaksana berasaskan ilmu dan selari dengan keperluan semasa," katanya pada pemberita selepas majlis penandatangan MoU itu di Masjid Wilayah, di sini hari ini.
Turut hadir menyaksikan pemeteraian MoU itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zulkifli berkata hubungan kerjasama dan gerak kerja antara YADIM dan pihak universiti sudah lama terjalin termasuk menerusi penglibatan rakan siswa, namun pendekatan kali ini lebih menyeluruh kerana memberikan penekanan kepada penggunaan kepakaran akademik secara optimum.
MoU berkuat kuasa selama tiga hingga lima tahun itu, antara lain memperkukuh agenda dakwah selaras dengan gagasan Malaysia MADANI yang menekankan nilai akhlak, ilmu dan kesejahteraan masyarakat.
Antara IPTA terlibat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), manakala IPTS termasuk Universiti Selangor (UNISEL) dan Multimedia University (MMU).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


