CYBERJAYA: Studio pembangun permainan video British, Double Eleven telah mengumumkan perancangan untuk mengembangkan operasinya di Kuala Lumpur.
Pembangun dan penerbit permainan serta pemenang anugerah yang beribu pejabat di Middlesbrough berkenaan, akan melabur sebanyak £1 juta (dianggarkan RM5.68 juta) untuk pejabat baharu di Kuala Lumpur dan merancang untuk meningkatkan bilangan pekerja serantau kepada lebih 100 orang.
Dilancarkan pada 2009, Double Eleven telah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat permainan video terbesar dunia dan juga gergasi teknologi global seperti Microsoft. Judul yang laris terjual yang dibangunkan oleh mereka termasuk Rust: Console Edition, Minecraft Dungeons, LEGO Harry Potter, Goat Simulator, Prison Architect dan Crackdown 3.
Syarikat berkenaan telah mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu, bermula dengan 80 orang pekerja pada 2019 sehingga memiliki 200 orang pekerja pada tahun lalu. Pada 21 Januari 2020, mereka telah mengumumkan pembukaan studio mereka di Kuala Lumpur.
Menurut Pengasas Double Eleven, Lee Hutchinson, syarikat berkenaan memilih untuk membuka operasi kedua mereka di Malaysia adalah berikutan akses kepada bakat yang berkaliber dan ekosistem yang mantap antara kerajaan, universiti dan perniagaan.
"Memiliki aspirasi, bakat dan persekitaran perniagaan yang luas, Malaysia ialah pilihan yang jelas kepada kami untuk berkembang di Asia dan kami komited untuk membina studio berkelas dunia di sini. Hasil perbincangan dengan pekerja, kami memilih Kuala Lumpur sebagai rumah kami untuk masa depan, di mana kami akan membina tempat bekerja yang unik serta mesra pekerja dengan infrastruktur yang canggih.
"Pelaburan kami dalam rekaan dan pembangunan premis baharu menggambarkan impian kami untuk menjadi lokasi bekerja yang terbaik dan selaras dengan nilai kami: kemanusiaan, cita-cita dan integriti,” kata beliau.
Ketika ini, mereka mengupah 25 orang pekerja di Malaysia dan telah berkembang melebihi kapasiti ruang kerja bersama mereka yang berkeluasan 1,000 kaki persegi. Double Eleven telah memperoleh ruang kerja seluas 12,500 kaki persegi di Mid Valley Mega Mall Towers untuk menempatkan lebih 110 orang pekerja untuk tempoh dua hingga tiga tahun.
Pasukan di Kuala Lumpur sedang bekerjasama dengan pasukan utama Double Eleven untuk memperoleh pengalaman dan seterusnya mereka boleh menguruskan projek sendiri pada masa depan. Ketika ini, aktiviti utama studio di Malaysia ialah fokus kepada penyediaan perkhidmatan pembangunan permainan seperti sokongan jaminan kualiti, pengekodan, seni dan rekaan.
Pengembangan Double Eleven di Malaysia telah mendapat sokongan penuh dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara. MDEC telah membantu Double Eleven memasuki pasaran negara pada 2017, termasuklah membantu penubuhan Double Eleven Malaysia Sdn Bhd pada 2018 dan meluluskan permohonan status MSC syarikat berkenaan pada 2020.
MDEC juga menghubungkan Double Eleven kepada pelbagai kolej dan universiti di Malaysia yang terlibat dalam pembangunan permainan, termasuklah The One Academy, UOW Malaysia KDU dan Asia Pacific University (APU).
Selain itu, MDEC juga memudahkan peluang kerjasama, perkongsian dan penyumberan luar antara Double Eleven dan studio pembangunan permainan tempatan seperti Passion Republic, Lemon Sky Studios, Streamline Studios dan pembangun persendirian lain.
Terbaharu, Double Eleven telah menyertai Persidangan Industri LEVEL UP KL 2021 sebagai panel jemputan.
"MDEC sangat berbangga dan menyokong usaha pengembangan Double Eleven di Malaysia serta memuji usaha mereka untuk terus melabur di negara ini. Kehadiran mereka di Malaysia bukan sahaja berfungsi sebagai petanda keyakinan berterusan dengan Malaysia sebagai hab penciptaan kandungan digital, tetapi juga dalam memupuk bakat pembangunan permainan Malaysia pada masa depan.
"Pertumbuhan Double Eleven di Malaysia merupakan langkah ke hadapan MDEC dalam strategi Pelaburan Digital Future5 (DIF5) untuk menarik pelaburan sebanyak RM50 bilion dalam ekonomi digital dan mencipta 50,000 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi. Ini selaras dengan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju kandungan digital di pasaran serantau, termasuk mencipta 200 IP menjelang 2025.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Double Eleven atas sokongan mereka kepada perjalanan kami untuk menjadi Nadi Digital ASEAN,” kata Ketua Pegawai Industri Digital (CDIO), MDEC, Gopi Ganesalingam.
Astro Awani
Mon Oct 11 2021

Memiliki aspirasi, bakat dan persekitaran perniagaan yang luas, Malaysia ialah pilihan yang jelas bagi Double Eleven untuk berkembang di Asia dan mereka komited untuk membina studio berkelas dunia di sini.

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Double Eleven kukuhkan operasi di Malaysia dengan membina pejabat baharu di Kuala Lumpur
Double Eleven telah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat permainan video terbesar dunia dan juga gergasi teknologi global seperti Microsoft.

Singles' Day: Rekod jualan US$30.7 bilion dalam tempoh 24 jam
Perolehan tahunan kempen itu bagaimanapun mencatat angka yang terendah.