KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Dalam peranan baharunya, Noor Hisham akan bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, sebuah hospital swasta di Port Dickson dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI.
Beliau akan berkhidmat sebagai Pakar Perunding Bedah (Pelawat) dalam bidang payudara, endokrin dan pembedahan am.
Dr Noor Hisham juga dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti UCSI, yang mana beliau akan menyumbang kepada program latihan klinikal dan penyelidikan perubatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, organisasi itu akan mendapat manfaat daripada kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam dasar penjagaan kesihatan awam.
"Kita semua mengingati Noor Hisham atas kepimpinan dan kehadirannya pada kemuncak perjuangan Malaysia menentang COVID-19.
"Beliau merupakan pejuang hadapan dalam tindak balas wabak pandemik yang lepas, beliau memimpin melalui teladan dan rekod prestasinya dalam perkhidmatan awam tiada tandingannya. Saya yakin dia akan membawa UCSI ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Siti Hamisah yang juga Naib Canselor Universiti UCSI berkata, beliau yakin pelajar perubatan universiti tersebut berupaya untuk belajar lebih banyak daripada Noor Hisham.
Noor Hisham bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada April 2023 selepas 35 tahun perkhidmatan awam.
Beliau berkhidmat sebagai ketua pengarah selama sedekad.
Beliau menerima pelbagai anugerah atas sumbangannya dalam penjagaan kesihatan awam dan kepimpinannya semasa wabak itu.
Beliau juga diiktiraf oleh China Global TV Network sebagai salah seorang daripada tiga doktor terbaik dunia yang mengetuai usaha memerangi COVID-19, bersama pakar penyakit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.
Kumpulan UCSI adalah konglomerat Malaysia terkemuka yang memberi impak besar kepada orang ramai, organisasi dan komuniti dari lebih 110 negara.
UCSI aktif dalam tujuh sektor industri iaitu Pendidikan, Perundingan, Penjagaan Kesihatan, Hotel dan Perjalanan, Hartanah, Peruncitan, serta Teknologi. - DagangNews
Dagang News
Wed Sep 27 2023
Noor Hisham akan bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, sebuah hospital swasta di Port Dickson dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI. - Gambar fail
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.