BANTING: DSR Taiko Bhd (DSR) akan melancarkan Sistem Penjejakan Bersepadu Musang King (MKITS) pada suku pertama tahun depan bagi mempromosikan raja buah itu di pasaran antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ng Lian Poh berkata sebagai pakar durian bersepadu pertama Malaysia, syarikat itu dan SIRIM Tech Venture, anak syarikat SIRIM Bhd, menjalin kerjasama sejak tahun lepas untuk membangunkan MKITS yang mengesahkan sumber durian kepada pelanggan.
"Sistem itu akan membantu melindungi keaslian durian Musang King di Malaysia. Inilah apa yang kami mahu lakukan bagi durian Malaysia, terutamanya Musang King yang hanya boleh didapati di Malaysia dengan kualiti baik.
"Kami berharap dengan menggunakan sistem ini, ia boleh membantu mempromosikan durian Musang King kita ke persada dunia," katanya kepada media selepas mesyuarat agung tahunan kedua syarikat itu di Telok Panglima Garang, di sini, semalam.
Ng berkata DRS merancang untuk mengembangkan produk berasaskan duriannya seperti kudapan, minuman dan pencuci mulut, ke empat atau lima negara tahun depan.
Beliau berkata menjelang suku keempat tahun ini syarikat itu telah menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kanada dan Australia menerusi rakan kongsinya Daily Fresh Food.
“Kami ada banyak produk yang masih dalam penyelidikan dan pembangunan (RD), tetapi kami akan menyenarai pendek produk tersebut bagi menentukan yang mana lebih sesuai bagi pasaran Malaysia dan antarabangsa kerana industri tersebut adalah agak baharu terutamanya bagi produk hiliran.
"Kami tidak mengeksport durian mentah ke banyak negara tetapi fokus kami pada masa ini adalah untuk mempromosikan produk hiliran kami yang boleh memberikan margin dan keuntungan yang lebih baik bagi syarikat. selain menjadi lebih mampan bagi perniagaan jangka panjang kami," katanya.
Di pasaran tempatan, Ng berkata syarikat itu akan melancarkan 10 produk yang boleh didapati cawangan kami di Kulai, Johor; Raub dan Bentong, Pahang dan Lot 10, Kuala Lumpur pada tahun depan.
DSR terlibat dalam industri durian bersepadu penuh sejak 2017 dan bermula dengan kebun durian seluas 1.38 hektar di Raub.
Sejak kali pertama ditubuhkan, DSR meluaskan saiz perladangan duriannya kepada 40.47 hektar, merangkumi lebih 3,800 pokok durian dengan kebanyakannya daripada jenis asli durian Musang King dari Raub.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Pengerusi Eksekutif DSR Taiko Berhad Ng Soh Kian (dua, kanan) bergambar bersama Ng Lian Poh (dua, kiri) selepas Mesyuarat Am Tahunan Kedua DSR Taiko Berhad di Eco Santuari Telok Panglima Garang, 7 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Durian Musang King dirampas di KLIA
Empat kotak yang dibawa seorang lelaki tempatan itu mengandungi 16 biji buah durian seberat 56 kilogram.
Gemar jamah Musang King, gajah liar Yeop Jalong akhirnya dipindahkan
Seekor gajah liar yang berkeliaran mencari makan di kebun penduduk kampung di Jalong, berjaya dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum dalam satu operasi, pada Ahad.