BANGKOK: Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu memanfaatkan kerjasama dalam sektor pelancongan mampan demi mencapai visinya iaitu mewujudkan komuniti Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman menjelang 2040.
Dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan (TMM) APEC 2022 di sini, pengerusi itu menekankan bahawa peluang untuk membina masa depan yang lebih baik dan berdaya tahan adalah menerusi industri pelancongan dan ia akan menjadi usaha utama rantau ini.
"Ketidakpastian dan cabaran baharu yang ketara telah meningkatkan keperluan untuk memanfaatkan kerjasama serta memajukan industri pelancongan yang mampan.
"Kami akan terus mengadakan dialog inklusif dalam kalangan mereka yang terbaik, dan merenung kembali kemajuan bagi membina semula sektor pelancongan yang lebih kukuh dan berdaya tahan," menurut kenyataan pengerusi itu.
Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.
"Bersama-sama kita akan berusaha membina semula industri pelancongan demi masa depan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa ekonomi APEC mengalu-alukan "Cadangan Dasar untuk Pelancongan Masa Hadapan: Menjana Semula Pelancongan" yang mencerminkan keghairahan bersepadu pelbagai sektor ekonomi untuk mengejar pertumbuhan yang kukuh, seimbang, terjamin, mampan dan inklusif, seperti digariskan dalam Wawasan APEC Putrajaya 2040.
"Cadangan dasar itu boleh menjadi panduan kepada Ekonomi APEC untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai pemacu utama bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk APEC secara keseluruhan," katanya.
Menteri-menteri Pelancongan APEC dan wakil kanan telah menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan (TMM) APEC ke-11 di Bangkok pada Jumaat.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn.
Terdahulu, dalam ucapan pembukaannya, Phiphat berkata ekonomi APEC sedang menyelaraskan dasar untuk memulihkan industri pelancongan di rantau ini supaya selamat, mampan, bertanggungjawab dan inklusif.
"Semua jabatan yang berkaitan telah bekerja tanpa mengenal penat lelah dan kami percaya bahawa krisis ekonomi akibat COVID-19 semakin pulih dan ekonomi kami mula kembali ke landasan dan bergerak ke arah yang lebih positif," katanya.
Menurut World Travel and Tourism Council (WTTC), industri pelancongan menyumbang hampir 11 peratus jumlah tenaga kerja di rantau ini dengan menyediakan kira-kira 162 juta peluang pekerjaan pada 2019.
Jumlah ini bagaimanapun mencatatkan penurunan ketika wabak melanda, dan hanya menyumbang kepada 131 juta pekerjaan pada 2020 dan 138.7 juta pekerjaan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri memberikan cenderahati kepada Setiausaha Pelancongan Filipina Crhistina Garcia Frasco ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan. - Foto BERNAMA

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
The Future Is Female: Women in Science - Women Making Waves in Scientific Discovery
For 25 years, the L’Oréal Foundation and UNESCO have been working together to empower and promote women in science through the ‘For Women in Science’ programme. Malaysia has been part of the programme for the last 18 years, during which over RM1.5 million in research grants have been awarded to more than 51 women scientists in recognition of their achievement in science. On this episode of #TheFutureIs Female Melisa Idris speaks to this year’s Malaysian beneficiaries: Dr Acga Cheng from UM, Dr Che Azurahanim Che Abdullah from UPM, and Dr Elena Azizan from UKM.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.

Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari
Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.

Ekonomi APEC digesa kekalkan pasaran terbuka semasa tempoh mencabar ini
Semua ekonomi APEC perlu bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran pelaburan saksama, tanpa diskriminasi, telus dan stabil.

Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020
Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.

Tun M akan tangani pelbagai sekatan perdagangan dalam APEC - Darell
Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain daripada 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan menangani pelbagai sekatan perdagangan yang menghalang kemakmuran rantau ini.

Hala tuju TPPA ditentukan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
Hala tuju TPPA akan ditentukan dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Peru, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

PM minta kepakaran Ketua Sains APEC bagi penyelesaian jerebu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk membincangkan penyelesaian isu jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura.