ASEAN dijangka mencatat keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan pada purata 5.6 peratus hingga 2019, susulan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak.
"Berdasarkan cadangan pelaksanaan AEC, saya yakin kemasukan pelaburan langsung asing akan terus meningkat dengan baik pada masa akan datang," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2015, di sini hari ini.
Najib turut memuji ASEAN yang mencatat pertumbuhan ekonomi yang konsisten sepanjang dekad lepas.
"Saya yakin kita mampu mengekalkan peluasan ekonomi masing-masing, menyediakan kemakmuran dan meningkatkan taraf hidup rakyat jelata.
"Untuk itu, kita perlukan pelaburan asing selain pelaburan ASEAN," kata Perdana Menteri.
Najib berkata sebagai destinasi yang menarik kepada perniagaan dan pelabur, ASEAN akan mewujudkan peluang ekonomi serta pekerjaan.
"Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan taraf hidup untuk semua di ASEAN," katanya.
Tahun lepas, Perdana Menteri berkata FDI ASEAN, secara kolektif, berjumlah US$136 bilion, lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (US) dan China.
Beliau berkata Kesatuan Eropah terus menjadi pelabur utama di ASEAN, menyumbang 21.5 peratus, diikuti Jepun (9.8 peratus) dan US (9.6 peratus).
Najib juga menegaskan mengenai pentingnya kerjasama awam-swasta dan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi.
Najib berkata sebagai destinasi yang menarik kepada perniagaan dan pelabur, ASEAN akan mewujudkan peluang ekonomi serta pekerjaan.
"Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan taraf hidup untuk semua di ASEAN," katanya.
Tahun lepas, Perdana Menteri berkata FDI ASEAN, secara kolektif, berjumlah US$136 bilion, lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (US) dan China.
Beliau berkata Kesatuan Eropah terus menjadi pelabur utama di ASEAN, menyumbang 21.5 peratus, diikuti Jepun (9.8 peratus) dan US (9.6 peratus).
Najib juga menegaskan mengenai pentingnya kerjasama awam-swasta dan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi.
"Andai kita mahu membuka potensi sepenuhnya dan mewujudkan lebih banyak kekayaan, sektor swastalah yang akan menjadi tenaga pemacunya, dan kami sebagai pemimpin politik, mesti memperakuinya, (dan yakin) terhadap kerjasama pintar," kata Najib.
Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi komitmen beliau untuk melaksanakan cadangan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC), yang beliau anggap boleh dilaksanakan dan menyokong komuniti perniagaan di rantau ini.
Najib berkata antara cadangan ABAC ialah kad perjalanan ASEAN dan laluan perjalanan ASEAN bagi memudahkan pergerakan penumpang ASEAN di lapangan terbang di rantau ini.
"Saya akan memperjuangkan apa yang anda (ABAC) bincangkan. Bagi saya inilah peringkat perjalanan kita seterusnya. Dan apabila kita istiharkan diri kita satu komuniti, perlulah ada perasaan itu dalam jiwa kita,
jiwa ASEAN," kata Perdana Menteri.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Bernama
Fri Nov 20 2015

Najib ketika majlis pelancaraan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2015yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. Bersama Najib ialah Tan Sri Munir Majid (kanan) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Gambar Bernama

Treler Terbalik | Pemandu treler muatan tepung maut, kelindan cedera
Seorang pemandu treler yang membawa muatan tepung maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di Gerik, Perak, pagi Khamis. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.38 pagi itu turut menyebabkan kelindan treler tersebut mengalami kecederaan.

IMF | Ekonomi Malaysia berkembang 5.75 peratus pada 2022
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh. Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022. Ekonomi berkembang 3.1 peratus tahun lalu.

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

HFMD: Sarawak catat trend peningkatan, 483 kes direkodkan setakat 14 Mei
Jangkitan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan terkawal dengan jumlah kumulatif ialah 483 kes dalam tempoh Januari hingga 14 Mei 2022.

Sultan Perak berkenan dengar taklimat kemalangan lima pelajar USAS
Sultan Nazrin rasa zahir dukacita kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

Pegawai kanan APEC cari platform perkongsian maklumat COVID-19
Pandemik ini telah menjejaskan kira-kira 5 juta orang dan menyebabkan ribuan terkorban sehingga dunia terpaksa membuat sekatan dan penjarakan sosial.

Ekonomi ASEAN tumbuh 5.6 peratus setahun sehingga 2019 - Najib
ASEAN dijangka mencatat keluaran dalam negara kasar tahunan pada purata 5.6 peratus hingga 2019, susulan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiga dokumen akan diterima pakai pada sidang kemuncak ASEAN - Anifah
Tiga dokumen, termasuk Deklarasi Kuala Lumpur Berorientasikan Rakyat dan Berpaksikan Rakyat ASEAN, sudah sedia untuk diterima pakai oleh pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada Ahad.